21 Disember 2013 - Tak sampai pun sebulan selepas kami ke Tepian Rimba memancing ikan keli, kami telah berkunjung ke sini lagi bersama dua orang anak bujang kami. Aku memang dah lama sangat nak bawak Syahmie memancing kat sini. Nak bagi dia pegang joran sendiri. Bila ada kesempatan musim cuti sekolah, aku tak lepaskan.
|
Memulakan pancingan dengan Bismillah. |
|
Pemancing cilik. Tapi Amier pancing sekejap aje, sebab dia bosan. Aku dah agak dah. |
Kami sampai di kolam sekitar jam 11 pagi. Aku bayarkan untuk aku, isteriku dan Syahmie. Tapi Amier yang baru berusia 7 tahun tu pun nak mancing sama. Siap merajuk lagi kalau tak bagi dia pancing. Akhirnya wife aku tolong bayarkan bahagian Amier. Set mancing pun cuma ada tiga batang aje. Tapi nasib baik jugak aku ada bawak satu joran spare. Aku ikat tali sepanjang sedepa setengah pada joran tu dan ikat mata kail di hujungnya. Bolehlah buat memancing keli.
|
Syahmie pandai memancing, tapi tak berapa reti nak cabut kail dari mulut ikan. |
|
Ikan tilapia kecil curi makan umpan. |
|
Hasil pancingan agak suram pada kali ini. |
Kali ni kami bawa bersama kami umpan hati ayam juga, selain umpan yang biasa kami gunakan iaitu cengkerik, cacing dan roti. Macam biasa, kami pancing keli dulu. Kebetulan orang pulak tak ramai. Jadi kami boleh conquer seluruh kolam untuk aktiviti kami berempat. Tapi nampak gayanya kelibat ikan keli tak begitu kelihatan pada kali ni. Mungkin pekerja kolam masih belum melepaskan ikan keli seperti selalu. Tapi kami masih sabar memancing. Dan naik jugaklah beberapa ekor ikan keli. Dan aku agak beruntung apabila seekor pacu turut terkena jerat umpan cacing yang aku hulurkan. Tapi cuma sekor tu aje pacu yang dapat aku naikkan kali ini.
|
Syahmie pancing keli aje pakai hati dan jantung ayam. |
Kami menyedari getuan ikan sangat berkurangan pada hari tu. Kami bagi tau pekerja kolam agar melepaskan ikan. Tapi ikan masih tak jugak dilepaskan. Hasil tangkapan jauh berkurangan dari dua trip sebelum ni. Setelah kira-kira tiga jam memancing, aku pun bersedialah untuk pulang ke rumah. Tapi tetiba pekerja kolam melepaskan ikan keli di suatu sudut kolam. Kami decide untuk sambung lagi sejam. Nak pancing keli yang lapar sampai puas. Dan barulah kami dapat naikkan keli dalam jumlah yang agak banyak. Kemudian ikan pacu pulak dilepaskan. Aku terus memasang cengkerik pada mata kail dan cuba untuk memancing pacu. Tapi nampak gayanya seekor pacu pun tak berminat nak makan. Mungkin mereka nak menikmati saat-saat kebebasan ini dulu. Selalunya ikan pacu galak memakan umpan setelah sehari berada di dalam kolam. Tak lama lepas tu, ikan toman pulak dilepaskan. Sekor toman seberat 10 kilo. Tak cukup dengan tu. Kemudian ikan kelah bagak pula yang dibebaskan ke air. Dan yang paling aku tak tahan sekali ialah apabila ikan layaran dituangkan ke dalam kolam. Lima lori ikan layaran dimasukkan ke dalam kolam. Aku ada jugak cuba menjerat ikan layaran menggunakan cengkerik, tapi nyata tak berhasil. Akhirnya kami putuskan untuk pulang ke rumah aje setelah cukup empat jam memancing. Dan bila ditimbang, berat keseluruhan ikan menghampiri 7 kilo. Bilangan ikan aku tak sempat kira. Dah masuk kat dalam perut dulu.
Isteriku yang agak tak sihat terus flat setelah memancing. Dia ajak balik awal, tapi aku masih nak layan keli dulu untuk beberapa ketika. Aku rasa aku masih akan ke sini lagi. Tapi kena tuntut ilmu macam mana nak pikat patin pulak. Sesiapa yang ada ilmu, silalah turunkan. Terima kasih.
|
Memotong jantung ayam ada tekniknya. |
|
Ibu dan anak bujang. |
|
Hasil pada trip kali ini. Syukur. |
|
Terukir senyuman di wajah Syahmie. |
No comments:
Post a Comment