m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, January 4, 2014

MRSM Gemencheh menduga Wanie

10 Disember 2013 - Sejurus kami mendapat keputusan peperiksaan UPSR pada bulan November, aku dan Wanie terus bergegas ke Medan MARA untuk mendapatkan borang memohon masuk belajar di MRSM. Setelah mendapatkan password dari pihak Pelajaran MARA, kami pulang ke rumah. Dan secara on-line, aku telah membuat permohonan untuk mendapatkan tempat belajar bagi Wanie di MRSM Ulul Albab Gemencheh - tempat abangnya Syahmie belajar.

Wanie bersedia untuk mendaftar.
Tak lama menunggu (setelah permohonan dibuat), kami mendapat surat dari pihak MARA yang memanggil Wanie untuk ditemuduga. Maka pada tanggal 10 Disember 2013, kami anak beranak pergilah menghantar Wanie ke MRSM Gemencheh. Tapi kali ini kami tak kelam kabut sangat. Pasal time Wanie kena temuduga pun waktu tengah hari. Tak macam Syahmie dulu, pukul 8 pagi kena ada kat MRSM. Jadi kami terpaksa bertolak dari rumah sebelum subuh!

Syahmie sedang bertugas.
Syahmie nampak segak berpakaian sebegini.
Masa ni Syahmie sedang bertugas sebagai penyambut tetamu. Pakai baju blazer hitam, bertali leher, nampak segak pulak. First time aku nengok Syahmie pakai pakaian macam tu. Syahmie dah bagi tau kawan-kawan dia pasal ketibaan Wanie. Setelah jumpa Syahmie, barulah kami daftar Wanie kat dalam, untuk ditemuduga. Seperti tahun-tahun sebelumnya, Wanie perlu menjawab beberapa kertas peperiksaan, perlu menghafaz ayat Al-Quran dalam masa kurang setengah jam, dan perlu menjawab soalan-soalan yang bakal diajukan oleh si penemuduga.

Wanie nampak relaks. Tapi gemuruh di dalam.
Kami memberi sokongan dari belakang.
Bergambar dulu sebelum di-interview.
Sementara Wanie ditemuduga, para ibubapa berkumpul di dewan besar untuk mendengar taklimat oleh pengetua sekolah. Pengetua memberikan taklimat secara agak terperinci dan sangat menarik. Para ibubapa yang datang tu mesti berasa seronok sekiranya anak-anak mereka terpilih untuk belajar di sini. MRSM Gemencheh ni jugak mempunyai reputasi yang baik. Memang bertuah sesiapa yang dapat belajar di sini.

Pengetua memberi taklimat yang sangat berkesan.
Seronok mendengar taklimat pengetua.
Sessi Wanie ditemuduga tamat kira-kira setelah azan zuhur berkumandang. Aku tanya Wanie, macam mana? Wanie kata ada yang senang dan ada yang susah. Apa-apa pun, Wanie dah buat yang terbaik. Kalau ada rezeki dia belajar sama tempat dengan abangnya, dapatlah dia masuk MRSM ni. Kami tawakkal ajelah, setelah berusaha.

Ibubapa memberi sepenuh perhatian.
Jadual MRSM Ulul Albab memang packed.

3 comments:

  1. Salam Encik,
    Boleh tanya - Wanie masih di Maahad Kajang ke? Saya apply utk anak tapi result 26/12 baru keluar. OK tak skolah tu kalau compare dgn Sekolah Agama JAIS?
    Ulul Albab Gemencheh pun ada pergi interview, tapi tak confident sbb ramai sgt calonnye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam Afiq Afia,
      Ya, Wanie masih kat Maahad Kajang. Sekolah ni sekolah kluster. Kira okay jugaklah. Kalau nak banding dgn Sek Agama JAIS saya tak pasti. Tapi kalau dapat peluang ke MRSM Gemencheh, jangan lepaskan.

      Delete
  2. Assalamualaikum en.. Boleh wassup sy pd no 016 9969541.. Sy nk tanye ttg mrsm ulul albab .

    ReplyDelete