15 November 2013 - Hari penyampaian hadiah bagi sekolah SK Ampang telah diadakan pada tarikh ini. Beberapa hari sebelum tarikh tu, kami telah membeli cenderahati untuk cikgu-cikgu yang mengajar Wanie. Cenderahati tu kami beli kat Pasar Seni a.k.a. Central Market. Jadi kami pun bawaklah kesemua barang-barang tu ke sekolah untuk dibahagi-bahagikan kepada guru-guru terpilih sebagai kenangan.
|
Hadiah untuk guru-guru terpilih. |
|
YDP PIBG En Azman memberi ucapan mengenai pencapaian bola sepak negara dalam Sukan SEA baru-baru ini. |
|
Pelajar Iran ini bakal menggesek biolanya untuk didengari oleh para hadirin. |
|
Ramai ibubapa yang datang pada hari tu. |
Majlis telah dirasmikan oleh YDP PIBG sekolah, En Azman dengan memukul gong sebanyak dua ribu kali tanpa henti. Bingit telinga para hadirin jadinya. Nasib baik aku ada bawak kapas. Bolehlah kami sumbatkan ke telinga kami. Persembahan pertama adalah dari seorang pelajar Iran tahun 6. Beliau menggesek biola dengan tahap konfiden yang sangat tinggi. Bermula dengan lagu Speak Softly Love dan mendapat tepukan gemuruh dari para hadirin, malah dari seluruh penduduk Ampang. Tapi dua lagu selanjutnya agak aneh dan tak dapat kami fahami pasal ada ala-ala sumbangsih sikit. Namun kredit harus diberikan kepada pelajar itu kerana keberaniannya itu.
|
Gong dipalukan oleh YDP PIBG En Azman setelah mendapat kebenaran dari Sang Kancil. |
|
'Menyumbangkan' tiga lagu. |
|
Pengacara majlis. |
Tokoh pelajar lelaki dan tokoh pelajar perempuan pada tahun 2013 diumumkan tak lama selepas itu. Pada dua tahun lepas, aku sangat-sangat berharap agar Syahmie mendapat gelaran tokoh ini. Tapi akhirnya Tokoh Pelajar Sekolah telah dinobatkan kepada kawan Syahmie - Afiq. Dan Syahmie pula telah diberikan gelaran Tokoh Pengawas.
|
Tokoh pelajar lelaki. |
|
Pelajar ini merupakan anak kepada salah sorang AJK PIBG. |
|
Tokoh Pelajar Perempuan. |
|
Tokoh-tokoh pelajar bergambar bersama. |
Seterusnya majlis meraikan pelajar-pelajar yang telah mendapat 5A pada peperiksaan UPSR tahun 2013. Semua pelajar-pelajar tersebut telah dipakaikan jubah merah. Kesemua mereka nampak gah, bagaikan para graduan dari universiti. Pelajar-pelajar ini mendapat tepukan gemuruh apabila mereka berbaris di atas pentas beramai-ramai. Merekalah anak-anak harapan warga Ampang.
|
Hadiah UPSR 5A - Deana (kawan baik Wanie). |
|
Hadiah UPSR 5A buat Wanie pulak. |
|
Kesemua sembilan belas orang pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR bergambar bersama. |
|
Kebanggaan SK Ampang. |
|
Semua berwajah ceria. |
|
Wanie memperlihatkan hadiah yang diperolehinya. |
|
Wanie mendapat hadiah trip to Langkawi. |
|
Tapi sampai kini, Wanie dan kawan-kawan masih belum ke sana lagi. |
Persembahan demi persembahan ditampilkan oleh para pelajar. Ada koir, ada tarian, ada nyanyian. Di antara persembahan itu, diselitkan dengan acara penyampaian hadiah bagi pencapaian cemerlang oleh palajar-pelajar mengikut kelas. Wanie cuma dapat nombor 5. Jadi dia tak dapat hadiah pelajar terbaik kelas. Tapi Wanie dapat hadiah mata pelajaran terbaik bagi subjek Kemahiran Hidup. Amier pulak sekadar dapat nombor 8. Maka satu hadiah pun dia tak dapat. Sekadar jadi penonton ajelah. Moga-moga dia mendapat sedikit motivasi apabila melihat kakaknya naik ke pentas.
|
Wanie dan salah seorang gurunya. |
|
Bersama cikgu kelas darjah 6 - Cikgu Isma Hadi. |
|
Cikgu Isma Hadi kata Wanie kelakar. |
|
Bersama seorang lagi cikgu. |
|
Nama cikgu ni pun aku tak tahu. |
|
Ini cikgu yang mengajar subjek English. |
|
Kami cari cikgu ni sampai kat kantin. |
|
Seorang lagi cikgu yang kami jumpa kat kantin sekolah. |
Wanie tak ambil bahagian dalam apa-apa persembahan. Maka sementara acara diteruskan di atas pentas, kami dok berpusing-pusinglah sekitar sekolah mencari cikgu-cikgu yang pernah mengajar Wanie dari darjah 1 sampai darjah 6 untuk diberikan cenderahati. Ada juga cikgu-cikgu yang tak kami temui. Tak ada rezekilah bagi cikgu tu untuk mendapat sebingkis hadiah dari kami.
|
Bersama teman paling akrabnya - Deana. |
|
Dua-dua budak ni kalau berjumpa, main speaking London aje. |
|
Cikgu lelaki. |
|
Cikgu ni cerita macam-macam pasal Wanie. |
|
Ini akulah pulak dengan kawan MRSM aku - Pau. |
|
Aku memang selalu jumpa Pau kat sekolah. Tempat lain jarang berjumpa. |
|
Cikgu sangat menghargai pemberian dari murid-muridnya. |
|
Dapat sebentuk hadiah yang cantik. |
|
Classmate Wanie yang ini pandai melukis. Sama stroke dengan Wanie jugak. |
|
Yang berbaju hitam ni ialah classmate Wanie yang masuk persembahan koir. |
|
Hadiah subjek terbaik bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup. |
|
Sebenarnya kekuatan Wanie bukanlah pada subjek ini. Tapi rezekinya kat sinilah pulak. |
Sesudah puas bergambar dengan guru-guru dan kawn-kawan, dan setelah semua hadiah telah diterima, kami pun mengorak langkah untuk beredar dari situ. Kawan-kawan kelas Wanie melambai-lambai kepada kami sebaik saja kami merapati kereta yang aku parkir di atas padang sukan. Terima kasih cikgu. Terima kasih teman-teman. Terima kasih semua!!!
|
Bersama Cikgu Muzamin. Aku memang selalu sangat kontek cikgu ni kalau nak tau hal-hal bersangkutan sekolah. |
|
Bersama ustaz. |
|
Cikgu terakhir yang kami sempat jumpa. Yang tak sempat jumpa tu, kira lain kali ajelah, ya? |
Assalamualaikum. Hadi Isma.. apa khabar?
ReplyDelete