25 Disember 2013 - Setelah pergi ke Masjid Cheras sebelah paginya untuk mengambil sijil haji badal
(Ambil sijil haji badal), kami terus menuju ke Kelang, ke rumah Fai dan Elin untuk menghadiri kenduri selamat. Kami berkumpul dulu di Awan Besar. Team Kak Uda, Team Kak Timah dan Team Kak Esah turut berkumpul di situ. Sempat kami minum-minum sambil makan rambutan yang dibeli di R&R Awan Besar tu. Kami turut membeli tapai pulut satu beg plastik untuk dibawa ke majlis kenduri nanti.
|
Kak Long, Elin dan Intan sedang menjamu selera. |
|
Jemaah sedang membaca Yasin. |
|
Abang Zahid, Abby dan Ali sedang membaca doa. |
|
Sedang membaca Yasin. |
|
Bersembang adik beradik pasal Bluefin yang sedang mencarai Black Box milik MH370. |
|
Sabriena sedang mencari makanan. |
|
Syakira dan Kak Esah sesampainya di rumah Fai. |
|
Menjamu selera anak-beranak. |
|
Antara tetamu cilik yang hadir sedang mendapatkan makanan. |
|
Tengah khusyuk makan. Mentua lalu kat belakang pun tak nampak. Sebab - tak ada mentua lagi, dan memang tak ada orang pun yang lalu kat belakang. |
|
Kak Uda dan Kak Timah. |
Sesampainya kami di sana, majlis masih belum dimulakan lagi. Bila jemaah kami tiba, terus rumah Fai jadi penuh dengan tetamu. Dan majlis membaca tahlil pun dimulakan oleh pihak tuan rumah. Tahlilnya agak ringkas. Dan setelah berdoa, kami semua dijemput makan. Walaupun aku agak kenyang pasal dah makan macam-macam masa kat R&R tadi, tapi menu yang disajikan kepada kami terlalu kelihatan hebat dan enak. Maka tanpa mengira malu dan segan, aku terus mengambil mi goreng serta kuih-muih yang memang bila dimakan ternyata keenakannya.
|
Yaya bagaikan terkedu bila saat makannya diganggu. |
|
Yaya dan Syura melayan sepupu mereka yang paling cilik. |
|
Mak saudara dan anak saudara. |
|
Nana sedang makan dengan bersungguh-sungguh. Nyomp nyomp nyomp. |
|
Arif dan ibunya. |
|
Errr... Kak Uda tadi bukan dah ambil makanan ke? |
|
Abang Zahid layan mi goreng sorang-sorang. |
|
Partner berbual tak datang hari ni. |
|
Arif yang hensem. |
|
Syura sedang mengagihkan air spesel kepada orang ramai. |
|
Abby teman abahnya berbual. |
Kami bermukim di sana agak lama jugak pasal kebetulan hujan pun tengah turun dengan agak lebat. Sementara menanti waktu pulang, aku kerap mengulang makan juadah yang masih terhidang di atas meja. Aku hanya berhenti setelah guruh berbunyi, bagaikan suatu siren yang mengarahkan aku untuk tidak menyambung makan lagi. Tapi aku tak kisah, pasal masa tu perut aku memang telah membuncit, bagaikan perut ibu-ibu yang mengandung 9 bulan.
|
Nana masih belum habis makan. Begitu juga dengan Amier dan Wanie. Kita lumba, siapa yang gemuk dulu. |
|
Abby melihat keadaan lalu lintas di sebelah bawah, bagaikan cctv. |
|
Amier pun nak belajar jadi cctv macam Abby. |
|
Syahmie yang agak kebosanan turut melebarkan sayapnya dan mencapai pelbagai lagi jenis makanan yang masih ada di atas meja hidang. |
|
Pika gembira dapat berkumpul ramai-ramai macam ni. |
|
Ali sedang makan sambil berfikir soal peperiksaan STPM-nya. |
|
Sabriena dan mama. |
|
Mama dan Sabriena pakai topi kon. |
|
Nana, Nicha dan Syakirah. |
|
Syakirah kalau posing memang selalu pelik-pelik. Maklumlah, orang senilah katakan. |
|
Kak Timah dan Safiyah. |
|
Kak Esah sedang seronok berbual adik beradik. |
Setelah sangat lama kami di situ, barulah kami bersalam-salaman, bermaaf-maafan, di hari yang mulia ini. Kami mengucapkan jutaan terima kasih dan terus melangkah pulang dengan hati yang lapang, tetapi dengan perut yang ketat. Argh! Lepas ni kena exercise sikit untuk kecutkan sikit perut yang membuncit tadi.
|
Syahmie sedang berfikir panjang. Nak makan apa pulak lepas ni. |
|
Elin dan Yaya. |
|
Abby dah puas jadi cctv. Sekarang dia nak menonton tv pulak. |
|
Host hari ini - Elin. |
|
Abby dan Ali sedang menikmati kuih Apollo. Lepas ni nak terbang ke angkasa lepas. |
|
Selfie. (Aku baru belajar istilah ni dua minggu lepas kat TV3). |
|
Anak dara tiga serangkai yang memang selalu bersama-sama. |
|
Sabriena dengan sepupu dan makciknya. |
|
Dua kawan dan sepupu akrab sedang buat perkara yang paling mereka gemari - main game. |
No comments:
Post a Comment