23 Ogos 2013 -Sedang kami duduk-duduk bersantai kat dalam rumah, 'mind our own business', tetiba kat pagar rumah ada orang bagi salam. "Assalamualaikum!" Aku bergegas keluar. Ada kereta berlambang TV3 parking kat depan rumah kami. Aku lantas menjemput mereka masuk. Dan tanpa segan silu, mereka pun masuk ke dalam. Dua lelaki dan sorang perempuan. Salah sorang dari mereka membawa kamera video profesional untuk merakamkan sesuatu.
|
Ketibaan kru TV3 ke rumah kami untuk membuat penggambaran. |
|
Sabriena santai bersama Lily. |
Setelah menjemput mereka duduk berehat, aku mula membuka mulut dan menanya mereka, " Awak semua datang sini nak buat rakaman cerita apa? KL Gangster 3? Hantu Kak Limah Melawat Eropah? Ombak Syahdu?" Ketiga-tiga mereka tergamam seketika. Kemudian tetamu perempuan, yang bernama Lily menjawab, "Kan kitorang dah buat appointment nak rakam pasal keluarga encik?" Oh, ya. Baru aku teringat. Wife aku telah dihubungi oleh pihak TV3 untuk buat rakaman menceritakan pengalaman bersama pembantu-pembantu rumah. Barulah aku faham. Dan memang sebagai pelakon profesional, kami telah cukup bersedia untuk dirakam gambar kami.
|
Dengan brader ni pun Sabriena okay je. |
|
Shooting adegan membasuh baju. |
Mula-mula Lily menemubual kami dengan mengajukan soalan-soalan berkaitan pembantu rumah. Isteriku menjawab dengan santai dan penuh konfiden. Sedangkan aku tetiba dapat camera fright. Terkedu dan terkelu lidahku untuk bercakap-cakap apabila soalan dikemukakan kepadaku. Salah satu soalan yang ditanya adalah, "Encik tau tak pembantu rumah tu apa?" "Errr... pembantu rumah... errrrr..... adalah... orang yang suka... errrrr..... bela kambing.... kat.... padang pasir.... yang kekadang ada unta.....errr.... makan rumput..... errr..." Aku bagaikan tak dapat menghabiskan kata-kataku. Peluh jantanku mencucur deras macam air terjun Sungai Congkak. Kemudian soalan yang diajukan semakin sukar. "Apa pendapat encik mengenai politik dan ekonomi di Nicaragua, Guatemala dan Ecuador. Serta siapakah warga Nigeria pertama yang menjejakkan kaki ke Tanah Melayu?" Arggghhh! Aku terus terdiam bisu.
|
Sabriena nak try test jadi pengacara tv pulak. |
|
Tak naklah jadi pengacara. Tak best. |
|
Jadi cameraman lagi best. |
Setelah habis sessi interview, Lily selaku pengarah telah merakam gambar kami seharian di rumah, seperti basuh pinggan-mangkuk, basuh kain baju, tolong menguruskan mak aku yang sakit, dan lain-lain lagi kerja rumah. Aku berasakan rakaman seumpama ini agak membosankan. Lalu aku ambil alih tugas pengarahan dari Lily. Aku suruh cameraman rakam gambar aku buat stunt. Aku siap panjat bumbung rumah dan berlari-lari di atas bumbung sambil membuat flying kick ke serata arah bagaikan cerita KL Gangster. Tak cukup dengan tu. Aku tendang anjing jiran sebelah rumah aku sampai terpelanting kat atas pokok kelapa belakang rumah. Tapi korang jangan risau. Anjing tu tak apa-apa. Sikit pun tak cedera. Doktor haiwan dah sahkan kesihatannya. Cuma dia masih trauma pasal gayat duduk atas pokok kelapa selama berjam-jam sebelum bomba datang menurunkan anjing tu ke bawah. Dan aksi stunt aku yang last sekali ialah yang paling hebat. Aku terajang lori sampah yang lalu kat depan rumah aku sampai terbakar dan meletup kat situ jugak. Setelah habis semua penggambaran, kami pun duduklah berehat di rumah sambil minum-minum dan sembang-sembang dengan kru TV3 tu.
|
Borak-borak kosong selepas shooting. |
|
Semua memberi tumpuan kepada cerita mak aku. |
|
Dua-dua brader ni pun peramah jugak. |
|
Sabriena tenang bersama kru TV3. Mungkin sebab dia nak masuk tv kot. |
|
Sabriena dengan brader cameraman. |
|
Bergambar kenangan. |
|
Sabriena memang minat betul dengan video camera ni. |
|
Adegan minum-minum ni pun di-shoot jugak. |
|
Sabriena masih tak puas nak main dengan video camera ini. |
|
Brader ni kata next time kalau buat cerita Misteri Nusantara, dia nak suruh aku jadi host gantikan Zainal Ariffin. |
Kru TV3 tu semuanya ramah-ramah belaka. Senang nak buat kawan. Diorang kata nanti kalau ada slot Samarinda ke, Motivasi Pagi ke, Misteri Nusantara ke, Detik 12 Malam ke, nanti dia akan kontek kitorang untuk buat shooting. Okay-lah. Kami akan menunggu offer tu dari mereka. Kami diberi tahu rancangan Wanita Hari Ini yang dibuat penggambarannya tadi tu akan disiarkan pada hari Isnin atau Selasa minggu depan. Cantiklah tu. Tak lama lagi bolehlah nengok muka kami kat tv.
Tiba hari dinanti. Tapi sayangnya aku tengah bertugas. Jadi tak dapatlah menengoknya secara live. Tapi aku sempat nengok kat internet - Tonton TV3 bila balik kat rumah. Alamak! Semua adegan hebat dengan aksi stunt tahap Hollywood tu telah dipotong habis. Yang tinggal cuma adegan aku bercakap tergagap-gagap macam budak kecik baru belajar bertutur. Frust jugak aku sebenarnya. Tak apalah. Yang penting ini muka ada masuk dalam itu tv juga... Ha ha ha...
|
Gambar kenangan sebelum kru TV3 beredar. |
|
Jiran-jiran semua tengok dalam kekaguman. Kami bangga. |
|
Masa untuk beredar. |
|
Bye bye. Jumpa lagi di episod akan datang. |
|
Aha! Itu dia muka kami kat televisyen. |
No comments:
Post a Comment