25 Disember 2013 - Kalau ikut kalendar Masehi, hari ni merupakan Hari Krismas sebenarnya. Jadi rakyat Malaysia pun cutilah. Boleh buat apa-apa yang patut. Begitu jugak dengan syarikat Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd. Kesempatan bercuti ini digunakan untuk mengagihkan sijil Haji Badal (upah haji) kepada waris yang mengupahnya. Mak aku ada upah orang buatkan haji untuk dua orang adiknya yang dah kembali ke rahmatullah melalui agen Andalusia. Haji Badal tu telah pun disempurnakan, dan hari ini merupakan hari penyerahan sijil.
|
Masjid Maluri. |
|
Mejamu selera dengan penuh konsentrasi. |
|
Kami dapat dua botol air zamzam. |
Kami datang ke Masjid Maluri satu keluarga, enam orang pada sebelah siang. Macam kenduri kahwin. Ada makan-makan dan minum-minum. Aku tak berapa lapar sebenarnya, tapi bila menengokkan lauk pauk yang disajikan tu, terus terbuka selera aku untuk makan. Ayam masak lemak cili api. Memang masakan yang aku gemari. Kami semuanya makan dengan penuh selera. Tapi aku nengok, banyak lagi makanan yang tersisa, pasal ramai waris tak datang mengambil sijil haji badal ni.
|
Amier makan nasi dengan ayam goreng aje. |
|
Lepas makan kena jaga Sabriena pulak. |
|
Banner majlis. |
|
"Ya, saya sudah kenyang dan berpuas hati," kata Amier. |
Lepas makan nasi, Dato' Ustaz Haji Daud Che Ngah memberikan sepatah dua kata. Aku ingatkan mula-mula dia nak bagi ceramah agama. Rupanya tidak. Kami stay kejap sampai Ustaz Daud habis bercerita. Lepas tu tumpang ambil gambar bersama ustaz sebelum beredar pergi untuk ke majlis yang lain pulak. Hari tu memang kebetulan banyak betul majlis keraian yang perlu kami hadiri.
|
Dato' Ustaz Haji Daud Che Ngah. |
|
Sabriena dah mula nak bergerak-gerak. |
|
Sabriena memang dok berjalan ke sana ke mari di dalam dewan. |
|
Dengan tokoh agama tersohor - Dato' Ustaz Haji Daud Che Ngah. |
No comments:
Post a Comment