21 September 2013 - Kami mendapat berita tentang pemergian bonda kepada Abang Zahid melalui sms. Lantas kami berpakat-pakat sesama adik beradik dan ipar duai untuk ke kampung Abang Zahid di Parit, Perak. Abang Zai dan Kak Long telah ke sana lebih awal. Aku dan isteri serta ipar-iparku, Kak Esah dan Kak Timah naik satu kereta. Second driver, Koas jadi co-pilot.
|
First time kami nampak Kellie's Castle - live! |
|
Ambil gambar dari jauh aje. |
Kami bertolak dari Kuala Lumpur pada sebelah petang. Aku drive pun taklah tergesa-gesa. Macam biasa aje. Kira-kira waktu asar, kami melewati suatu landmark yang penting - Kellie's Castle yang dikatakan sebuah tempat yang agak keras. Sempat jugak aku tumbuk dan sepak terajang batu-batu kat sana. Yes, confirm! Memang keras. Kami tak masuk ke dalam. Cuma ambil gambar dari jauh aje pasal nak cepat. Memang lawa istana lama tu. Setelah puas posing, kami cepat-cepat menghala ke Parit.
|
Kalau tak silap aku, nak masuk ke dalam kena bayar. |
|
Bersama Intan. |
|
Kak Esah tumpang bergambar. |
|
Bergambar banyak-banyak sikit pasal jarang-jarang dapat ke sini. |
|
Memang sangat cantik tempat ni. |
|
Tersergam sebuah istana. |
|
Mercu tanda Parit. |
|
Ramai jugak orang yang berkunjung ke tempat ini. |
Kami sampai kat kampung Abang Zahid, Kampung Bekor dah hampir maghrib. Sempat aku solat asar kejap kat rumah abang kepada Abang Zahid. Sepanjang perjalanan ke situ, di sekitar Parit, aku sangat-sangat teruja dengan kewujudan tempat memancing yang sangat banyak, baik di sungai-sungai mahupun di tasik-tasik. Kami diberi tahu yang kenduri akan diadakan selepas maghrib di rumah abang kepada Abang Zahid tu.
|
Sedang bertahlil. |
|
Menyediakan hidangan buat tetamu. |
Tiba waktu maghrib, kami menghala ke masjid. Masjid tu cukup tua sebenarnya, tapi masih kelihatan muda. Aku juga sempat melihat sekolah rendah Abang Zahid yang masih berdiri teguh. Setelah berjemaah di masjid, kami kembali ke rumah menanti tetamu datang untuk memulakan bacaan tahlil. Tak lama menunggu, jemaah pun sampai. Dan tahlil dimulakan.
|
Masa untuk menjamu selera. |
Selepas tahlil, ada sedikit jamuan makan masakan kampung. Tak taulah sama ada masakan tu terlalu sedap atau kami terlalu lapar. Tak pernah seumur hidup aku makan kat kenduri sebanyak itu. Bertambah-tambah. Lauk berpinggan-pinggan aku makan. Malah air teh-o dia pun hampir satu jag aku habiskan. Itu tak tengok Koas lagi. Kalau aku makan banyak, Koas makan berganda-ganda lagi banyak dari aku. Kalau aku sukat, aku rasa ada dekat setengah periuk besar Koas makan nasi dan lauk pauk. Berselera betul dia malam tu.
|
Koas makan sangat banyak. Memang sangat-sangat-sangat banyak. Serius! |
Selepas makan, kami borak-borak sedikit dengan Abang Zahid dan mengucapkan salam takziah kepadanya. Kami berdoa agar roh Allahyarhamah ditempatkan di kalangan roh-roh orang-orang yang mendapat tempat yang istimewa di sisi Allah - di Jannatul Firdaus. Kak Uda ajak kami bermalam di situ. Tapi kami putuskan untuk balik ke KL. Kali ni biar Koas yang bawak kereta. Aku nak melelapkan mata sekejap.
|
Sesudah makan. |
Kami sempat singgah di Argh and Argh Tapah (bak kata Syafiq). Itulah R&R yang paling besar aku pernah tengok. Aku rasa kali terakhir aku ke sana, taklah sebesar mana. Macam biasa-biasa aje. Tapi di kunjungan aku kali ni, memang aku agak terkejut dengan penambahan besar bangunan R&R ini. Dari depan nak ke belakang, kami terpaksa tukar bas tiga kali. Punyalah jauh dan besar. Sempat kami minum-minum dan beli buah-buahan untuk dibawa pulang ke KL. Dan perjalanan diteruskan. Koas sebagai drebar, dan aku duduk di belakang. Kononnya nak tidur, tetapi aku asyik terjaga aje. Pasal selalunya aku yang bawak kereta, bila orang lain bawak, aku rasa macam tak berapa konfiden pulak. Padahal Koas bawak punyalah smooth dan berwaspasda.
Akhirnya kami tiba di KL lewat malam. Masa untuk rehat di rumah pulak. Dan Kampung Bekor, Parit - kalau ada rezeki kami akan ke sana lagi.
|
Koas menunjuk arah ke KL. |
|
Sesudah solat isyak. |
|
Dating dengan isteri tercinta. |
|
Gurau-gurau jer. |
|
Kat depat surau. |
|
Masih di R&R Tapah. |
|
R&R tambahan ni sangatlah cantik dan mesra pengunjung. |
|
Relaks kat kerusi urut sikit. |
|
Adik beradik. |
|
Menengok YouTube pasal masak-memasak kek. |
|
Kolam ni tak ada ikan. |
|
Memilih buah-buahan. |
|
Macam-macam jenis jambu ada dijual di sini. |
|
Beli sikit untuk orang kat rumah. |
|
Tawar-menawar dengan penjual. |
|
Taruh serbuk asam sikit. |
|
Okay, lepas ni kita boleh makan buah kat dalam kereta. |
|
Bayar harga buah dan beransur. |
|
Makan makanan ringan dan minum--minum. |
|
Rendang ni sedap jugak. |
|
Koas memikirkan soal masa hadapan. |
|
Pasang api kat rokok dulu. |
|
Lepas hisap rokok sebatang, kita sambung perjalanan. |
No comments:
Post a Comment