Salah sorang kawan tenis aku, yang kami gelar Bob telahpun mendirikan rumah tangga pada penghujung tahun ini. Nama sebenar Bob kalau tak silap aku ialah Nasrul. Dah agak lama jugak aku mengenali Bob. Kerap jugak kami bermain tenis bersama. Tapi itu dulu. Sekarang ni dah agak lama jugak aku tak main tenis dengan Bob. Cuma pada bulan Ramadhan, kekadang aku akan booking meja ping-pong. Dan aku akan ajak Bob untuk main ping-pong dengan kami. Mungkin ada yang kenal Bob sebagai pemain tenis yang hebat. Tapi sebenarnya Bob boleh bermain ping-pong dengan lebih hebat lagi. Tak pernah sekali pun aku dapat menumpaskan Bob dalam permainan ping-pong. Servis skrunya aje dah cukup membuat aku pening kepala.
|
Menjamu selera dulu. |
|
Banyak lagi nasi dalam bekas. |
Majlis persandingan Bob dan pasangannya diadakan di Sentul Perdana. Kami sampai ke dewan tu sangatlah lewat. Dekat nak pukul 4 petang rasanya. Masa kami sampai, dewan dah agak lengang. Tapi makanan masih banyak lagi. Mungkin tak ramai tetamu yang hadir kot. Kami anak beranak makan dulu. Bermacam-macam lauk pauk yang sedap-sedap ada dihidangkan kepada para tetamu. Selari dengan minat Bob terhadap sukan tenis, tetamu telah dijamu dengan pelbagai makanan yang berkaitan dengan tenis. Antara menu yang disajikan termasuklah bola tenis masak merah, reket tenis tiga rasa, net tenis masak sup berempah. Tapi aku punya favourite ialah court tenis masak kunyit berlada. Pergh! Tak cukup makan satu court. Mesti nak dua atau tiga court kurang-kurang. Baru puas dan kenyang.
Lepas makan barulah kami berjumpa Bob dan bergambar dengannya. Bob nampak macam panglima Melaka di zaman Hang Tuah. Kepada Bob dan isteri, kami ucapkan tahniah. Dan semoga hidup penuh harmoni dan berkah. Dan semoga bahagia kalian anak beranak sampai ke jannah.
|
Bob dan isteri - sangat segak. |
|
Terhunus keris. Sepatutnya terhunus reket tenis - barulah mengancam. |
|
Bergambar dengan pengantin. |
|
Tahniah kepada pengantin baru. |
No comments:
Post a Comment