15 November 2013 - Semalamnya kami ke SK Ampang untuk mendapatkan keputusan peperiksaan UPSR. Dan syukur, Wanie telah berjaya memperolehi 5A sepertimana yang kami harapkan. Hari ini kami ke sekolah agama untuk mendapatkan keputusan peperiksaan UPSRA pulak. Masa nak ambil keputusan yang ini, aku tak pulak suspen macam semalam. Sebelum tu memang ustazah Wanie ada bagi tau yang Wanie ialah calon nombor satu yang diharapkan mendapat pangkat Mumtaz dalam peperiksaan UPSRA nanti. Dan hari ini kami bakal tahu apakah keputusannya.
Bersama Ustazah Khadijah. |
Wanie buat Ustzah Khadijah macam kawan jer. |
Kami terus naik ke pejabat di tingkat atas. Berjumpa dengan Ustazah Khadijah, ustazah yang paling kami rapat. Dan sambil tersenyum lebar, Ustazah Khadijah memberi tahu kami bahawa pada tahun 2013, cuma ada dua orang pelajar sahaja yang mendapat pangkat tertinggi Mumtaz. Dan Wanie adalah salah sorang dari mereka. Dan Wanie jugak telah mendapat markah paling tinggi di sekolah tu. Kami sangat bersyukur. Walaupun Wanie nampak relaks, tapi insya Allah dia masih mampu cemerlang dalam peperiksaan yang diambil. Kepada ustazah dan ustaz yang mengajar Wanie, kami sangat berterima kasih kepada mereka semua. Sebagai tanda penghargaan, kami hadiahkan sebentuk cenderahati buat mereka. Dan kepada Wanie, "Wanie memang hebat!"
Bersama sorang lagi ustazah. |
Ustazah ni pun dapat hadiah jugak. |
Bersama ustaz. |
Bersama Ustazah Siti Maryam. Ustazah ni jugak yang mengajar Amier pada tahun 1. |
Sorang lagi ustazah yang aku tak kenal namanya. |
No comments:
Post a Comment