14 November 2013 - Masa ni kami masih tak tau lagi apakah keputusan peperiksaan UPSRA Wanie. Malah keputusan peperiksaan UPSR pun kami masih tak tau jugak. Tapi sekolah agama yang Wanie dan Amier pergi telah menganjurkan hari penyampaian hadiah pada pagi tu, bagi meraikan para pelajar yang cemerlang dalam pelajaran. Biasanya pihak sekolah akan bagi hadiah kepada pelajar-pelajar yang dapat nombor 1 hingga 3 dalam kelas. Jadi Wanie dan Amier dipanggil untuk menghadiri majlis itu pasal mereka bakal menerima hadiah untuk pencapaian tertentu.
Ustaz yang menggantikan pengerusi surau yang tak dapat hadir pada pagi itu. |
Memberi ucapan pasal teknik menanam kelapa sawit kepada para pelajar. |
Para pelajar memberi sepenuh tumpuan kepada ucapan dari ustaz. |
"Boleh saya menyanyi lagu Maher Zain satu?" |
"Saya pun nak nyanyi jugak. Lagu Rabbani lah", kata ustaz pengerusi majlis. |
Majlis penyampaian hadiah kat sekolah agama biasanya dibuat simple aje. Tak macam kat sekolah kebangsaan. Pelajar kat sekolah ni pun tak berapa ramai. Malah kebanyakan ibubapa yang anak mereka tak dapat hadiah biasanya tak akan datang ke majlis ni. Kalau tak salah aku Wanie dapat nombor 2 dalam kelas kot. Dan Wanie jugak dapat hadiah untuk peperiksaan UPKK darjah 5 tahun lepas. Walaupun tak dapat 8A macam abang dia, pihak sekolah masih memberi Wanie hadiah dengan pencapaian 7A 1B.
Wanie dan Sabriena turut mendengar ceramah. |
Sabriena dah mula bosan. Kejap lagi dia nak berjalan-jalan. |
Wanie mendapat hadiah peperiksaan UPKK darjah 5. |
Sabriena dah mula berlegar-legar di kawasan pelajar lelaki. |
Wanie mendapat hadiah pencapaian kelas pulak. |
Amier pulak pada asalnya tak tercalon untuk mendapat sebarang hadiah pasal dia dapat nombor 4 kot. Tapi selepas markah dikira semula, ustazah Amier telah memberi pengesahan bahawa Amier telah mendapat nombor tiga dalam kelas. Jadi kira Amier pun layak jugaklah untuk mendapat hadiah saguhati dari pihak sekolah. Tahniah kepada Wanie dan Amier.
Amier pun dapat hadiah jugak. |
Dia pun tak sangka dia akan dapat hadiah. |
Sabriena nak tumpang tengok hadiah brader kat sebelah dia. |
Majlis yang serba ringkas ini telah diselangi dengan persembahan nasyid. Dan Sabriena yang memang tak boleh duduk diam telah beramah mesra dengan abang-abang kat situ, sambil sibuk dia nak ambil hadiah yang telah diperolehi oleh pelajar-pelajar kat situ. Selepas menutup majlis, para hadirin telah dijamu dengan sebungkus nasi tomato dan air kotak. Dan kami pun memakan hidangan tersebut dengan senang hati.
Sabriena nak kecek hadiah dari abang tu. |
Budak-budak ni rajin pulak melayan kerenah Sabriena. |
Ustazah menutup majlis dengan menyanyikan lagu Ombak Rindu versi nasyid. |
No comments:
Post a Comment