Bahagian 1
5 Januari 2014 - Kami berentap lagi. Kali ini persahabatan dengan team MSN Keramat. Ketika Faizal menelefon aku kira-kira pada jam 11 malam, beberapa jam sebelum perlawanan bermula, aku telah mula berfikir panjang. Reket apakah yang perlu aku gunakan untuk perlawanan nanti. Adakah reket tuaku yang berusia lebih kurang 20 tahun, Wilson Pro Staff Kevlar yang dipadankan dengan tali Luxilon Original dengan tension sederhana rendah? Reket ini mempunyai frame yang tebal - dekat lima inci tebal frame. Mempunyai speed yang laju bila pukulan dibuat. Tetapi agak sukar untuk dikawal, kerana ia bagaikan haiwan liar yang kalau tidak diselia dengan baik, akan pergi melilau tanpa haluan tertentu. Tapi aku tetap dapat memanfaatkan kelajuannya ketika membuat power serve. Macam tulah strategi aku ketika bermain sekiranya menggunakan reket ini.
Atau pun aku perlu menggunakan reket aku yang berusia 10 tahun, Wilson Pro Staff Surge yang dipadankan dengan tali Luxilon Alu Power dengan tension sederhana tinggi. Reket yang ini agak jinak sikit. Mudah nak control bola. Tapi speed bola akan jadi agak slow. Kalau aku buat servis, bola yang pergi tu punyalah slow, sampaikan kalau kura-kura berlumba lari pun masih boleh sampai dulu kat court sebelah sebelum bola tu sampai. Jadi itulah dilema yang aku hadapi sebelum perlawanan. Berbulan-bulan jugaklah aku memikirkan masalah ni sampai pening dan terpaksa menelan Panadol Actifast dekat 30 biji banyaknya.
|
Zahari memakai kasut saktinya, manakala Bani menjamah nasi lemak perasa tongkat ali. |
|
Eddy tak berselera nak makan pasal memikirkan tentang perlawanan yang bakal dihadapi nanti. |
|
Wadi nak try ambil hati geng TTC sebelum berpaling tadah dan menyertai geng MSN Keramat. |
Akhirnya, pada pagi perlawanan, aku telah memilih untuk menggunakan reket Wilson Pro Staff Kevlar frame tebal. Aku nak utamakan power dalam game kali ini. Sebelum tu, aku nak ucapkan banyak terima kasih kepada tuan Presiden Faizal, dan komiti seluruhnya kerana mencalonkan aku untuk partner dengan Eddy dalam menggalas tugas yang sangat besar ini. Maklumlah, nak berlawan dengan team Majlis Sukan NEGARA. Kira macam nak lawan NATIONAL team-lah. Pada hal lebih banyak lagi pemain yang jauh lebih handal dari aku dalam team kami.
Aku mula buat warm-up dengan Atok Baktiar. Ground stroke nampak macam okay. Tapi volley sangat-sangatlah kantoi! Setelah berbincang dengan Eddy dan Atok, aku kata aku nak main kat baseline ajelah. Biar Eddy jaga depan net. Kami semua bersetuju dengan strategi macam tu. Bila perlawanan bermula, aku mula menyedari, Eddy jadi kelam kabut kerana terpaksa buat serve and volley. Dan aku pulak jadi cepat pancit kalau bola asyik dibagi ke belakang. Strategi ini tak berpihak kepada kami. Akhirnya kami main pakai strategi standard aje.
|
Bergambar sebelum bertarung. Abang Asri jadi umpire. |
|
Aku masih tak tau kekuatan lawan bagaimana. |
Aku ternyata tak dapat memanfaatkan servis yang aku buat. Dua game aku buat servis, kedua-duanya point servis hilang. Strategi menggunakan reket frame tebal tak menyebelahi aku. Memang tangan aku agak off-form ketika membuat servis. Malah frame tebal ni jugak menyebabkan banyak kali ketika aku membuat backhand, bola kerap tersangkut kat frame dan menyebabkan bola naik tinggi tapi pergi half atau quarter court. Senang-senang aje pihak lawan mematikan bola yang tanggung macam tu.
Oh ya! Lawan kami pada pagi tu ialah Wadi - salah sorang member TTCians jugak. Itu yang membuat aku konfius tu. Aku selalu terlupa yang Wadi tu adalah lawan kami pada pagi tu, dan bukannya geng kami. Confusion inilah yang membuatkan fikiran aku kusut tak menentu. Dan banyak kali aku hilang point kerana kekeliruan ini.
|
Sedang memberi sepenuh fokus. Masa ni kalau korang tegur aku pun aku tak akan berpaling. |
Performance aku agak hambar pada perlawanan ini. Kerap sangat buat unforced errors. Tapi setiap kali aku buat salah, Eddy akan membisikkan kepadaku "Lupakan yang lama, mulakan yang baru". Banyak kali Eddy sebut macam tu. Ketika kami sedang ketinggalan 4-7, tetiba kata-kata ini seakan-akan menghantui fikiran aku dan telah membuatkan aku INSAF dan menyedari maksud yang tersirat di dalamnya. Aku lalu duduk melutut di tengah gelanggang dengan penuh kesyahduan. Sambil tangan kuangkat ke atas dan memohon agar Ilahi memberikan aku kekuatan untuk bermain berhabis-habisan agar piala Grand Slam ini tetap jatuh ke tangan kami (ish ish... sampai ke situlah pulak!) Lalu aku bertafakur kat tengah court tu jugak. Dekat lima hari aku duduk tertunduk dalam tafakkur. Sehinggalah umpire, Abang Asri yang dah mula hilang sabar meniupkan wisel. "Cepat sambung perlawanan!!" Sejurus mendengar wisel, aku terus tersedar dan berteriak ke arah umpire, "Kita lupakan yang lama, kita mulakan yang baru. Apa kata kita start balik 0-0". Umpire hampir-hampir termakan pujukan aku. Tetapi setelah dibantah oleh pihak MSN, umpire berkata, "Eh! Mana boleh! Sambung terus. 4-7!"
|
Backhand - kali ni menjadi punca utama aku hilang point demi point. |
Sebelum game disambung, Eddy bisik kat aku, "Kita dapatkan mata ke-5". Dan, yes! Mata ke-5 jadi milik kami. Lepas tu giliran aku buat servis lagi. Aku terpaksa menggunakan senjata aku yang aku tak berapa nak guna sangat dalam game sebenarnya. Nama senjata aku ialah "servis putar manja". Servisnya slow aje, tapi bola tu macam bagi orang konfius sikit. Dan dengan teknik ini, kami berjaya mengumpul satu lagi mata. Mata kini adalah 6-7. Kami cuba sedaya upaya untuk mendapatkan mata yang ke-7. Eddy tetiba menjadi sangat agresif dan garang di jaring. Semua bola dipintas dan smash demi smash dibuat bagi mematikan bola pihak lawan. Sampaikan pihak lawan jadi takut untuk duduk dalam court. Tetapi kesilapan yang aku buat barangkali terlalu banyak sehinggakan Eddy sendiri tak dapat nak cover. Akhirnya kami tumpas jugak dengan kiraan 6-8. Aku sangat tak berpuas hati dengan persembahan aku pada permainan tadi. Tapi itulah hakikat perlawanan. Ada menang dan ada kalah. Ada good days, dan ada bad days. Kami bersalaman tanda sporting. Dan aku sangat berterima kasih kepada partner aku, Eddy kerana tidak memberi pressure kepada aku, sebaliknya memberi banyak motivasi ketika performance aku tengah down.
|
"Alamak! Lajunya bola ni. Nak tunggu ke atau nak lari? Baik aku... lariiiiiiii!!!" |
Oh! Sebelum tu, pada double pertama, TTCians mempertaruhkan gandingan utama kami - Haini dan Zahari yang berjaya menjinakkan Team MSN 8-4 tanpa banyak masalah. Jadi kedudukan terkini sehingga ini ialah 1 mata untuk MSN dan 1 mata untuk TTC.
Double ketiga ialah gandingan Atok Baktiar dan Abang Mohd Nor. Perlawanan ini sangatlah sengit. Dari segi skill aku rasa sama padan. Tapi bak aku katakan tadi, ini mungkin hari serba tak menjadi bagi gandingan ini. Akhirnya team TTC tumpas lagi dengan kiraan 4-8 walau pun Abang Mohd Nor telah memberikan suntikan semangat kepada Atok Baktiar dengan kucupan persaudaraan bagaikan tradisi orang-orang Arab. Dan kini team TTC ketinggalan 1-2.
Bersambung...
|
Double ketiga akan bertanding. |
|
Gandingan serasi - Atok Baktiar dan Abang Mohd Nor. |
|
Mengharapkan yang terbaik untuk gandingan masing-masing. |
|
"Ko cuba nengok ni. Aku rasa ni mesti Mat Nigeria punya scam ni". |
|
Brothers in arms. |
|
Danial dan Bani menunggu giliran untuk main. |
|
Sedang menonton perlawanan. |
|
Atok sedang bersedia. |
|
Atok masih bersedia. |
|
Atok sebenarnya memang dah lama bersedia. |
|
Tapi bola tak jugak datang-datang. |
|
Yes! Tu dia bola sudah mari. Meh aku pukul sikit. |
|
"Alamak! Terkeluarlah pulak. Apasal korang bagi bola masa aku tengah tak bersedia?" |
|
Menyorok di belakang jaring untuk membuat serangan hendap sebentar lagi. |
|
Okay. Kali ni Atok memang betul-betul dah bersedia. Err.... Tapi bola tak datanglah pulak. |
|
Abang Mohd Nor di posisi yang strategik. |
|
Menanti bola datang. |
|
Nah! Amekaw! |
|
Yes! Bola masuk dan tak dapat di-return oleh pihak lawan. |
|
Sedang bersedia untuk membuat larian 110 meter berpagar. On your marks, get set..... |
|
Suasana di pihak TTCians. |
|
Haini jadi umpire. |
|
Tamat perlawanan. Tapi semua orang happy. |
|
Kalah menang adat perlawanan. |
|
Wajah-wajah ceria sang juara. |
No comments:
Post a Comment