14 November 2014 - Ini adalah tarikh penting kepada pelajar-pelajar tahun 6. Pada hari inilah keputusan UPSR keluar. Pada pagi hari, para pelajar darjah 6 dah berkumpul di dewan sekolah untuk mendapatkan slip keputusan UPSR dari Guru Besar. Anak aku Wanie tak terkecuali. Aku dan isteri datang ke sekolah agak lewat sedikit. Tapi keputusan masih belum keluar lagi. Guru-guru yang pergi mendapatkan slip keputusan UPSR dari Pejabat Pelajaran masih belum sampai lagi. Debaran menanti keputusan bukan saja dirasai oleh pelajar-pelajar calon yang mengambil peperiksaan tersebut. Tapi debaran itu lebih dirasakan oleh para ibubapa yang mengharapkan kecemerlangan dapat ditunjukkan oleh anak-anak masing-masing.
|
Pelajar tahun 6 berkumpul di dewan. |
|
Guru Besar Cemerlang Hajjah Khadijah berucap panjang. |
|
Membacakan keputusan UPSR para pelajar. |
Aku juga berasakan debaran yang sama. Masa time Syahmie dulu, aku tak terlalu suspen. Mungkin aku tersangat konfiden dengan kemampuan Syahmie. Tapi entahlah, terhadap Wanie, memang gemuruhku agak berlebihan sedikit. Jadi aku dan isteri telah menghantar sms kepada pihak Jabatan Pelajaran supaya kami boleh mendapatkan result UPSR melalui sms aje. Kurang sikit rasa debarannya.
Setelah seketika menanti, telefon bimbit isteriku berbunyi. Ada sms masuk. Dari Jabatan Pelajaran! Dan keputusannya... Yes! Wanie dapat 5A, seperti yang kami dan pihak sekolah harapkan. Wanie memang salah sorang calon 5A yang telah disenarai pendek oleh pihak sekolah, kerana kesemua peperiksaan percubaannya memperlihatkan hasil yang memberangsangkan. Bila aku membaca sms yang tertulis, aku tak dapat menahan air mata jantanku dari bergenang di mata. Tapi macam biasa, aku berjaya kontrol macho dan mengelakkan air mata dari mengalir ke pipi. Masa time Syahmie dulu aku tak berasakan seperti ini.
|
Guru-guru juga menanti dengan debar. |
|
Resah menanti saat genting. |
|
Wanie turut berdebar. |
|
Ada pelajar yang melukis bagi menghilangkan gemuruhnya. |
Sewaktu pelajar-pelajar dan ibubapa lain masih suspen menantikan guru-guru mengumumkan keputusan peperiksaan UPSR pelajar, satu demi satu, kami dah agak relaks dan tenang, pasal keputusannya telahpun kami tahu. Ibubapa yang anaknya berjaya memperolehi 5A dijemput naik ke pentas dan bergambar bersama Guru Besar dan YDP PIBG. Aku bangga naik ke pentas bersama isteriku. Kembang kempis hidung aku bagaikan badak air yang kepanasan. Kawan baik Wanie, Deana jugak mendapat 5A. Tahniah kepada Deana juga.
|
Deana mengambil keputusan UPSR. |
|
Kawan baik Wanie - Deana dapat 5A. |
|
Kami dijemput naik ke pentas bergambar dengan Wanie. |
|
Bangganya aku! |
|
Kesemua pelajar 5A. |
|
Bangganya mereka. |
|
Wanie salah sorang dari mereka yang cemerlang. |
|
Give me five! |
|
Semua orang happy. |
|
Terima kasih kepada guru-guru yang mendidik. |
|
Antara guru-guru Wanie. |
Jumlah pelajar 5A di SK Ampang tahun ini adalah seramai 19 orang sahaja. Bilangan ini menurun dari tahun-tahun sebelumnya. Ketika semua pelajar 5A bergembira meraikan pencapaian cemerlang masing-masing, aku nengok Wanie macam selamba aje. Nak mengukir satu senuman kegembiraan pun agak susah. Perlu disuruh baru dia tersenyum. Aku tak pasti kenapa. Tapi mengikut teori kebapaan aku, mungkin Wanie telah mula terbayang kehidupan yang berbeza selepas ini - asrama, berjauhan dari keluarga, independent. Itu cuma teori aku. Apa yang tersurat sebenarnya, hanya Allah yang tahu.
|
Wanie bersama mama. |
|
Mama happy Wanie dapat 5A. |
Pihak sekolah dan PIBG telah menghadiahkan percutian ke Langkawi serta penginapan percuma kepada kesemua pelajar 5A ini. Wanie dan Deana menulis nama di atas kertas agar nama mereka turut tersenarai dalam rombongan ke Langkawi itu. Mereka direncanakan pergi pada 20 Disember 2013. Tapi perjalanan ini telah ditunda ke tahun 2014. Tak tahulah masih on ke tak trip ini. Apa-apa pun Wanie, terima kasih kerana telah membuat papa dan mama proud of you .
|
Wanie mengisi borang untuk ke Langkawi. |
|
Hadiah rombongan ke Langkawi. |
|
Bersama Cikgu Isma Hadi - guru kelas Darjah 6. |
No comments:
Post a Comment