m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, January 12, 2014

Mengahwinkan dua orang anak sekali gus

31 Ogos 2013 - Office mate wife aku, Kamarul dan isterinya mengahwinkan anak lelakinya pada hari tu. Dua orang sekali gus. Macam biasalah, kami memang selalu datang lambat. Sangat lambat. Jadi para tetamu dah berkurangan. Tapi masih ada yang baru datang juga. Cuma lauk pauk tu dah kira di penghujunglah sikit. Tapi pihak caterer siap masak ayam goreng panas-panas untuk dihidangkan kepada tetamu yang lewat macam kami ni. Berselera jugak kami makan. Tambahan pula masa tu tengah hujan renyai-renyai. Memanglah membuka selera.

Banner perkahwinan.
Menjamu selera. Aku makan sikit jer pasal dah makan kat rumah sebelum ke sini.
Kamarul melayan tetamu.
Masih menjamu selera.
Nasi dia pun sedap.
Wanie makan dengan penuh khusyuk.
Kat majlis tu ada dua tabung bertanda "Tabung Palestin". Sesiapa yang nak menyumbangkan sedikit kewangan kepada perjuangan di Palestin menentang penceroboh Zionis, bolehlah masukkan duit ke dalam tabung ni, yang kemudiannya akan disalurkan ke pihak yang berkaitan. Kami kat situ pun sekejap aje. Lepas makan terus balik. Terima kasih kepada Kamarul dan keluarga kerana sudi menjemput kami. Dan tahniah kepada kesemua pengantin, serta mak ayah pengantin kerana menerima menantu.

Tabung Palestin. Hulurkanlah bantuan.
Bersama tetamu.
Ibu dan ayah pengantin.
Salah sorang dari pengantin.


No comments:

Post a Comment