m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, October 29, 2012

Ambil Syahmie cuti raya haji

Pada hari Rabu lepas, aku cakap dengan boss aku, aku nak balik awal pasal nak ambil Syahmie kat Gemencheh. Boss aku yang tak berapa berkira sangat tu kata, okay. So, aku pun meninggalkan ofis kira-kira hampir jam 5 petang, selepas solat asar, dan pulang ke rumah. Tanpa melengahkan masa, terus aku capai kunci kereta Exora, ajak Amier, dan terus berangkat ke Gemencheh bersama isteriku.

Perjalanan ke Gemencheh agak sesak kat sebelah KL. Masa nak keluar dari KL tu yang payah bebenor. Masa tulah pulak banyak kereta yang menggunakan jalan raya. Apasal diorang tak gunakan jalan air ke, jalan udara ke, padang ke, denai ke? Nak jugak guna jalan raya. Tu yang jadi sesak lagi menyesakkan tu. Kami dapat cecah highway bila hari dah semakin gelap. Bila dah sampai hingway Utara-Selatan, barulah pergerakan kenderaan agak lancar. Kereta masih banyak, tapi pergerakannya licin.

Amier sedang menikmati juadah pesanannya.
Masa kami sampai kat MRSM Gemencheh, memang dah masuk isyak. Dah masuk jam 9 malam lebih. Seluruh MRSM dah gelap. Seluruh warga MRSM dah pulang ke kampung masing-masing. Baik bilik kuliahnya, baik pejabatnya, baik dewannya, baik suraunya, mahu pun asrama, semua gelita. Syahmie terpaksa lepak kat pondok pak guard untuk seketika, pasal pondok pak guard aje yang agak terang. Kesian Syahmie. Mesti dah lama benar dia tunggu kami tiba. Terkontang-konteng dia sorang-sorang kat MRSM tu dalam keadaan yang gelap. Kami tak dapat bertolak awal pasal wife aku ada training. Aku pulak sedang nak prepare presentation drawings untuk esok harinya. Memang kami semua tengah sangat sibuk. Bila kami sampai aje kat sekolah Syahmie, nampak kelegaan terpancar kat wajah Syahmie. Tak tunggu lama, kami terus menghala ke KL untuk pulang.

Menghirup kuah sup yong tau fu yang segar.
Perjalanan dari Gemencheh ke KL sangat lancar. Cuma masa tu aku tengah letih dan agak mengantuk. Kami stop kat salah satu R&R tepi jalan. Solat, dan terus cari makan minum. Terjumpa pulak yong tau fu jenis sup. Wah, aku pun ambil ramuannya untuk dikongsi empat orang. Memang puas makan ramai-ramai macam tu. Kenyang kami kesemuanya.

Sewaktu perjalanan pulang, kami telah dikejutkan dengan dua pancaran lampu putih yang menyilaukan. Kami ingatkan kilat. Tapi tak dengar pulak guruhnya. Sinaran lampu punyalah terang benderang. Masa tu kami kat sekitar kawasan di antara Bangi dan Serdang. Aku terfikir seketika, adakah itu cahaya flash dari kamera polis untuk mengesan pemandu yang bawak kereta laju? Yang hebatnya ialah, flash kamera tu tak pulak berada pada bawah jejambat seperti lokasi yang digemari oleh polis untuk memerangkap mereka yang speeding. Apa-apa pun aku harap, aku tak kena saman. Sebab aku bawak kereta pun bukannya laju sangat, sekadar 388 km/j aje. Aku nengok orang-orang lain lagi laju masa diorang bawak kereta. Ada dekat kira-kira 750 km/j. Bayangkanlah!

Kami sampai rumah agak lewat, dan badan pun dah tak bermaya nak buat apa-apa lain. Sekadar bersedia untuk melelapkan mata untuk tidur. Kami semua memang sangat happy bila nengok Syahmie ceria pulang bercuti selama tiga hari. Besok siangnya, anak-anak semua cuti. Aku dan wife aje yang kena datang ofis nak menghabiskan kerja yang tak mungkin pernah habis. Tak kisahlah. Pokok pangkalnya semua orang dah selamat tiba kat KL.


Amier pun enjoy makan yong taufu.

Wednesday, October 24, 2012

Baru nak panas balik

Sorry-lah kepada semua pembaca. Korang mesti dah naik muak aku dok cerita pasal badminton dari hari ke hari. Sepatutnya tak macam ni. Sepatutnya kisah badminton ni aku ceritakan cuma sekali seminggu aje. Akibat sibuk kerja, jadual sudah lari daaa... Kalau korang tak nak baca, korang nengok ajelah muka jejaka-jejaka hensem dan bergaya ni.

Semakin lama kami main badminton, semakin panaslah daya permainan kami. Ada jugaklah improvement dari masa hari pertama kami main lepas raya hari tu. Yang muda-muda nampak gayanya menampakkan "peningkatan" yang memberangsangkan.

Choop kejap! (Entah kenapa aku pun tak tau. Tiba-tiba aku ternampak sesuatu dari perkataan PENINGKATAN = PENING + KHATAN. Mula-mula pening. Lepas tu terus kena khatan. Kah kah kah. Jadi, next time kalau orang kata korang ada peningkatan, jaga-jagalah. Mungkin maksud diorang tu ialah "Pening + Khatan".)

Dengan kehadiran pemain dari pelbagai lapisan umur, dan berbagai lapisan kerak bumi, gelanggang nampaknya semakin meriah. Cuma main tu kurang puaslah sikit. Satu orang cuma dapat main dalam dua set aje nampak gayanya.

Sementara Kois, Faiisal dan Ali asyik bermain badminton, Abby pulak sibuk menjaring ikan di longkang tepi dewan.
Sebagai jurulatih, aku telah mengerahkan anak-anak buahku untuk membesarkan otot lengan - sebesar peha badak air Afrika.

Hisyam Sharil meninggalkan ofis

Dah masuk sebulan aku kerja kat tempat baru ni, dah masuk dua orang pulak yang resign dari ofis. Hari tu  masa Nazri last day, aku tak ada kat ofis pasal kena attend meeting. Hari ni, giliran Hisyam Sharil pulak yang last day. Aku tak sempat berborak-borak dan berkenalan pun dengan Hisyam. Nama dia pun aku baru aje tau semalam. Walau ke mana pun haluan Hisyam lepas ni, semoga dia lebih berjaya dan cemerlang dalam kerjaya dan kehidupan. Aku harap, aku sempat lebih akrab dengan staf-staf yang lain sebelum ada pulak yang nak resign lagi.


Tuesday, October 23, 2012

Semakin seronok main tenis

Minggu kedua main tenis sangatlah menyeronokkan. Pada asalnya aku pun tak pasti siapa yang akan datang main. Secara tak dijangka, Foong datang. Dia pun main datang aje. Nasib dia baik. Dan nasib aku juga baik. Memang aku tak cukup korum. Abang Haji Nordin jugak datang, walau pun dia agak keletihan setelah kerja shift malam. Abang Halim jugak kemudiannya join kami dari jam 9 pagi, setelah sessi training-nya selesai. Selain dari nama-nama yang aku sebutkan tadi, kami juga turut mengajak beberapa orang yang tak kami kenali seperti Abang Anuar, yang asyik memerhatikan kami main dari tepi gelanggang, dan Umar yang sedang tercari-cari geng tenisnya. Kedua-dua Abang Anuar dan Umar adalah pemain tenis yang sangat hebat. Game kali ni memang sangat enjoy. Cuaca pun redup, dan tak hujan. Puas main, tapi badan tak terasa terlalu penat.

Abang Haji Nordin dan Abang Halim.

Makin seronok!

Ha ha ha. Ini cerita badminton lagi daaa... kali ni Amier ikut aku pergi dewan. Asalnya, mama dia kata nak turun ke gelanggang. Bila Amier dengar mama dia cakap macam tu, dia pun excited-lah nak ikut sama. Tapi akhirnya wife aku batalkan niatnya nak turut serta. Jadi Amier ajelah yang ikut aku. Aku pulak tak sampai hati nak cakap kat dia jangan ikut, pasal dia dah beria-ia pakai pakaian sukan, pakai stokin, buat gambar orang main badminton, dan bercerita pasal badminton. Besok Amier kena bangun pagi pergi sekolah tadika. Dan biasanya kami balik sangat lambat. Lepas main, pergi minum-minum, sampai rumah dekat jam 1.00 pagi jugaklah. Tak apalah. Amier nampak gayanya sangat seronok dapat ikut aku.

Amier ikut aku main badminton.
Bersama Amin.
Kat gelanggang, aku terpaksalah layan Amier main badminton, walaupun Amier nak pukul tangkis pun selalu tak kena. Kalau aku tak layan dia, nanti dia kacau masa orang tengah main. Berpeluh-peluh Amier terkejar-kejar nak pukul bulu tangkis. Nampak dia bersungguh-sungguh bermain. 

Abang Zai dan Abang Zahid.
Amin dan Abby.
Masa kat tempat minum, sedang kami duduk menanti minuman sampai, tetiba ada dua ekor kucing bergaduh - betul-betul dekat kaki Amier. Amier jadi kelam-kabut seketika. Lalu kami menghalau kucing-kucing tu. Tapi masih tak berganjak. Jadi orang kedai tu ambil air dan renjis kat kucing tu untuk meleraikan pergaduhan. Dan lantas Amier menjerit, "No!" Dia tak bagi orang kedai tu siram atau renjis air kat kucing tu. Setelah kucing tu beredar seketika, mereka bertembung lagi. Dan bergaduh lagi, sampai bising satu kawasan Ampang Jaya tu. Aku halau kucing-kucing tu sambil mengejar mereka. Amier yang nengok aku buat macam tu berasa simpati pada kucing-kucing tu. Dia tiba-tiba pergi menyendiri. Aku ekori Amier dan bertanya pada Amier, kenapa dia macam sedih dan termenung aje? Dia kata, dia tak nak kucing-kucing tu mati. Okay. Barulah aku faham. Amier memang macam tu, pencinta haiwan. Dulu masa bibik maid aku nak bunuh tikus (rendam dalam air) pun Amier bising juga. Dia tak bagi maid aku bunuh tikus tu. Anyway, setelah semua yang berlaku selesai, dan kami pun dah selesai minum, barulah kami berangkat pulang. Dan di rumah, Amier tidur dengan sangat nyenyaknya.

Kois dan Amier - sama-sama montel dan manis.
Ali XPDC dan Faiisal Tahir.
Zila dan Ardy.

Berduyun tiba di gelanggang

Sorry-lah semua. Nampak gayanya aku kena cerita pasal badminton lagi. Patutnya dah post lama dulu dah. Tapi tak berkesempatan nak layan blog aku ni. Kami main badminton pun cuma sekali aje seminggu. Jadi kejadian ni berlaku kira-kira seminggu setelah post yang sebelum nilah.

Minggu yang berikutnya main badminton, players punyalah ramai. Meriah gelanggang, macam masa mula-mula kami main badminton kira-kira lebih lima tahun lepas. Dengan jumlah pemain yang seramai ni, kena booking dua court barulah puas main. Tapi aku cuma book satu court aje. Kalau kebetulan court yang sebelah tu tak ada orang, barulah kami gunakan jugak. Nasib baiklah jugak pak guard yang bertugas tu tak kisah sangat. Ini gambar-gambar kami ketika di dewan dan jugak ketika sedang minum-minum kat gerai berdekatan.

Ardi dan Zila sedang buat promo iklan shuttlecock brand Protech. Mesti diorang dapat bayaran mahal buat iklan ni.
Gigi sapa lebih putih? Gigi aku atau gigi Abang Zahid?
Aku pun tak tau kenapa semua orang dok iklankan bulu tangkis Protech ni. Ali, Hidayat, Akid dan Salleh.
Sedang beraksi sengit. Penentu juara final Piala Too-Much (macam Piala Thomas jugaklah tu).
Semangat kesukanan perlu dimantopkan - Faiisal, Kois, Amin dan Abby.
Abby, Ali dan Salleh di gerai makan untuk minum.
Kois dan Amin tiba-tiba dilanda sakit mata setelah main badminton bermati-matian.

Monday, October 22, 2012

Tenis awal musim

Setelah habis musim raya, aku sempat jugak buat booking untuk main tenis di gelanggang Titiwangsa dengan geng-geng senior ku. Aku turun ke gelanggang dengan penuh semangat waja. Dan ada kalanya bersemangat satria. Atau semangat juara, dan yang paling latest sekali, aku turun bersemangat exora.

Sejurus court di-booking, aku terus meng-sms kengkawanku. Ada yang kata insya-Allah. Ada yang sekadar menjawab ok. Ada yang kata ada kenduri kahwin. Malah ada juga yang tak memberi sebarang respond. Aku sendiri tak tahu berapa ramai yang ada kelapangan pada tarikh dan masa yang telah aku tempah.

Pada hari permainan, yang turun main cuma aku dan Abang Haji Nordin. Yang lain tak dapat hadir atas urusan yang lebih penting. Tak ada pilihan lain, aku terpaksa berentap dengan Abang Haji Nordin dalam acara single. Atas kertas, aku akan kalah teruk. Dan atas gelanggang, memang aku kalah teruk pun. Oleh kerana dah terlalu lama tak main, yang paling terjejas teruk ialah stamina aku. Dan sudah tentu pukulan forehand dan backhand semuanya dah jadi lintang pukang. Tak apa. Kita mulakan balik pelan-pelan, sampai pandai.

Dengan Abang Haji Nordin - kawan, sifu dan mentorku.

Geng baru main badminton

Fuh! Terlaloque kejap aku kat ofis, baru balik meeting. Weekend pun kena fikir pasal kerja jugak. Sampai terbawa-bawa ke meja makan, ke dalam kereta, ke bilik termenung, dan yang paling tak tahan sekali hingga ke dalam mimpi. Sampai tak sempat aku nak masukkan entry dalam blog. Jadi aku ringkaskan ceritalah untuk korang baca.

Minggu kedua kami main badminton kat Ampang Jaya, kami dah ada geng baru. Ardi datang dengan anak saudaraku, Zila. Zila memang pernah join kami sejak dulu. Tapi inilah kali pertama husband dia, Ardi menjejakkan kaki ke gelanggang bersama kami. Kami welcome semua kaum kerabat yang datang. Ardi sebenarnya bertangan kidal. Tapi tangan kirinya dah injured sikit. Jadi dia kenalah pegang reket pakai tangan kanan. Memanglah kekok sikit pada mulanya. Tapi bila dah lama main, aku nengok macam steady aje. Aku kalau disuruh main badminton pakai tangan kiri, memang tak jalan langsung. Aku dah pernah cuba, pasal tu aku aku tau setakat mana kemampuan tangan kiri aku bekerja. Sekali lagi kami ucapkan selamat datang kepada geng baru kami - Ardi!

Aku dan Ali.
Ardi dan Zila.

Thursday, October 18, 2012

Macam mana kucing tidur?

Aku memang tak tahan dengan bau najis kucing. Bila nampak aje kucing-kucing yang kami bela mula mengais-ngais pasir untuk mengqadhak hajat, aku akan jadi resah. Lepas diorang membuang, mesti akan naik satu macam bau yang sangat mencengkam qalboo!

Tapi apakah yang seronok sangat membela kucing ni? Kucing ni ialah binatang kesayangan Nabi kita (s.a.w.). Mengusap bulunya, bermain kejar-kejar dengannya, malah menengoknya tidur aje dah membuatkan kita menjadi relaks dan tenang. Nengok ajelah kekucing aku yang bertiga beradik ni tidur. Nyenyak betul dan macam-macam style lagaknya. Jadi lupakan ajelah pasal susah payah buang najis, atau letih bagi makan dan minum. Ingatkan aje saat-saat yang best bila berdamping dengan mereka. Lagi pun, buat kerja-kerja yang nampak macam 'kotor' tu sebenarnya penawar untuk segala macam rasa 'ujub, riak dan takabur yang ada dalam diri. Jom bela kucing!

Isabel, Snowie dan Carrie. Yang tidur terlentang tu si Carrie.
Isabel tidur atas perut Carrie. Macam Dunlop.

Badminton pertama masa raya

Dah berkurun jugak aku tak buat regular booking untuk main badminton dengan sanak saudara. Aku ada sebab-sebab aku tersendiri. Tapi saudara mara aku yang memang berharap pada aku terpaksalah akur dan ikut rentak aku. Kalau aku tak buat booking, maka tak dapatlah mereka turun ke gelanggang untuk main badminton. Banyak kali juga aku diajukan soalan oleh sama ada biras-biras ku  atau anak-anak buahku, "Bila nak start main badminton balik?" Aku tak memberikan jawapan. Sekadar mencongak-congak, memikirkan waktu yang sesuai untuk kembali aktif bersukan. Aku rasa ada dekat setahun jugak kami off dari main badminton kat dewan yang terletak dekat dengan rumah aku tu.

Antara orang yang paling gembira dapat beraksi semula di court - Abang Zahid dan Abang Zai.
Syahmie turut join main badminton di bulan Syawal.
Setelah masuk Syawal, setelah puas beraya dan menebalkan lapisan lemak tepu dalam badan, akhirnya aku telah membuat satu kepusan yang besar, untuk memulakan balik aktiviti mingguan kami, iaitu membakar lebihan lemak pada badan secara besar-besaran. Aku pergi ke MPAJ, buat booking, dan sms kat semua orang akan jadual badminton pada bulan itu. Semua sanak-saudaraku gembira mendapat berita yang aku sampaikan.

The blue warriors - Ali, Faridz, Kois dan Taufik.
Pada hari yang telah dijadualkan, ramai jugak ahli keluarga turun gelanggang. Semua datang dengan semangat berkobar-kobar, dan sangat teruja. Memang matlamat semua adalah sama. Lemak tepu perlu dibakar, habis-habisan. Kami siap panggil anggota bomba untuk stand-by sekiranya api yang membakar lemak tu merebak ke kawasan-kawasan lain, seperti ke rumah-rumah jiran atau ke kedai-kedai berdekatan. Permainan kami memang teruk. Maklumlah, tangan dan sendi dah keras macam kayu. Kena start balik dari awal macam zaman mula-mula kami main badminton dulu. Yang aku nengok agak okay permainannya waktu tu cuma Kois, Abby dan Taufik jugak. Mungkin mereka ada buat secret training masa kami bercuti dari main badminton dekat setahun lamanya. Welcome to the court wahai geng-geng badminton, saudara-maraku.

Ke kedai mamak setelah habis main badminton.
Kedai mamak ni tutup awal pulak. Terpaksa kami keluar ikut pintu belakang masa balik.
Semua gembira pasal dapat main badminton, setelah sekian lama menanti.

Wednesday, October 17, 2012

Jom belajar cara buat ketupat

Siapa yang nak belajar buat sarung ketupat? Walaupun raya puasa dah berlalu, raya haji tetap akan mendatang. Jadi, masih sesuai untuk buat ketupat, pasal musim raya akan tiba lagi. Masa raya puasa yang lepas, aku memang berpulun membuat ketupat. Biasanya, isteri aku yang sangat expert buat ketupat akan membuat berpuluh biji ketupat untuk persiapan raya. Tapi pada tahun ni, tugas membuat ketupat secara besar-besaran telah digalas oleh aku. Adik aku pun ada buat banyak jugak, selepas dia pulang bercuti di rumah kami.

Sarung ketupat yang dah siap dianyam.
Aku belajar buat ketupat dari kawan aku masa kat MRSM Pengkalan Chepa dulu. Belakang asrama kami ada pokok kelapa yang rendah. Tiap-tiap petang daun kelapa tu habis kami kerjakan. Maklumlah, nak praktis buat ketupat. Nama kawan aku tu Mughni Bahari. Sekarang dia dah jadi doktor pakar. Macam-macam jenis ketupat Mughni ajar aku. Antaranya termasuklah ketupat sate, ketupat bawang, ketupat sintok/pasar, dan ketupat bantal. Dan selanjutnya, Mughni turut mengajar kami membuat jenis ketupat yang lebih kompleks seperti ketupat tilam, ketupat katil, ketupat kapalterbang boeing dan ketupat stadium bola sepak. Tapi setelah lama tak praktikkan, banyak dari jenis ketupat ni aku dah lupa kaedah membuatnya.

Memperagakan ketupat bawang.
Tahun ni, daun kelapa yang kami perolehi kecil-kecil dan pendek-pendek belaka. Susah betul nak menganyam daun yang saiz kecil macam tu. Ketupat yang jadi pun comel-comel semuanya. Tak kisahlah. Janji ada sarung, dan adik akulah yang kemudian mengisi kelongsong ketupat ni dengan beras pulut dan kemudian memasaknya di dalam periuk nasi elektrik. Tugas aku selepas tu ialah memakan ketupat yang dah masak dengan rendang ayam dan daging. Memang hebat berkhasiat. Try-lah buat sarung ketupat. Memang fun!!!

Amier turut bersemangat nak anyam ketupat.

Tuesday, October 16, 2012

Aku terima tunangnya dengan...

(Sambungan kisah Azlimi dilamar orang...)

Rombongan pihak lelaki, Azlimi, telah dipersilakan masuk oleh pihak perempuan. Jadi kami pun masuklah ke dalam rumah secara beramai-ramai, dan terus duduk di atas lantai. Mak dan ayah aku  yang sakit-sakit kaki tu pulak, duduk di atas kerusi. Dan upacara pun bermulalah.

Barang hantaran dari pihak lelaki dan perempuan.
Wakil pihak perempuan, yang aku dah lupa namanya, tapi mukanya nampak so familiar, memulakan bicara,

"Tangkap penjenayah berbadan katik,
       Ditembak polis, di kaki kiri,
  Saudara saudari berpakaian cantik,
       Apa hajat datang ke mari?"

Pakcik Udin yang terkejut bila diajukan pantun sedemikian, terus aje mencapai notanya dalam keadaan gabra yang berkajang-kajang tersimpan dalam kocek baju. Dan lantas Pakcik Udin menjawab,

"Buah cempedak di luar pagar,
       Ambil galah tolong jolokkan,
  Saya budak baru belajar, 
       Kalau salah......."

Secara bingkas aku menepuk peha kanan Pakcik Udin sebelum sempat pantun dihabiskan, dan lantas berbisik kepadanya. "Pakcik Udin, itu salah notalah..." Pakcik Udin tersentak. Dan dia mencapai satu lagi nota di kocek lain pulak. Membeleknya terdahulu, dan terus membaca...

"Duduk di serambi sambil bersembang,
       Selepas bersembang, bersalam-salaman,
Kami bertandang di pihak sang kumbang,
       Ingin menyunting kembang di taman."

Dan upacara berbalas pantun dan menyampaikan hajat pun dilangsungkan dengan sangat lalncar selepas tu. Kedua-dua pihak lelaki dan perempuan akhirnya setuju diikatkan tali pertunangan di antara kedua insan yang sedang bercintan-cintun ni. Maka hantaran tiga dulang pihak di Azlimi, dibalas pulak dengan lima dulang oleh pihak perempuan. Kemudian doa diacakan oleh salah seorang kerabat pihak perempuan sebelum kami semua bergambar bersama-sama. Ibu Azlimi turut menyarungkan cincin berlian ke jari manis pihak perempuan. Berbalik kepada wakil pihak perempuan tu, sebenarnya beliau adalah bekas OCPD Petaling Jaya. Ooohhh... patutlah nampak familiar...

Pihak perempuan sedang mengatur strategi.
Jurufoto profesional melakukan kerja secara profesional jugak.
Pakcik Udin mengeluarkan nota yang berkajang-kajang panjangnya, macam buku novel.
"Nah hadiah ni, saya bagi kat awak", kata ayah kepada pihak perempuan.
Doa dibacakan oleh salah seorang dari yang ada kat gambar ni. Cuba teka yang mana satu. (Jawapan: yang sedang duduk di atas kerusi).
Pengantin perempuan, Ana.
Ber-posing untuk kamera.
Makcik Norizan sedang menyarungkan cincin di jari manis tangan kanan Ana.
Sah! Cincin tunang telah disarungkan.
Bergambar dengan adik Azlimi pulak.
Pengantin perempuan bersama dua orang adik Azlimi - Wati dan Naimah.
Kami terus aje ke kafeteria berhampiran. Dan aku duduk bersama OCPD tadi dan bersama orang-orang tua yang lain. Sambil tu, aku melayan makanan yang pelbagai yang terhidang secara buffet. Semasa makan, bekas OCPD sibuk bercerita pasal jenayah, pasal politik dan pasal hal-hal yang berunsur kenegaraan. Aku tumpang dengar, walaupun tak jelas. Memang menarik ceritanya.

Mantan OCPD PJ sedang membuka cerita.
Sedapnya menjamu selera.
Semua kaum ibu duduk satu meja.
Selepas puas makan, kami bergegas balik ke rumah. Kami perlu solat asar segera. Pihak keluarga sebenarnya masih ada sessi bergambar di antara kedua-dua famili. Tapi kami tak dapat join. Azlimi dan pasangannya, Ana (kalau tak silap aku), nampak sama tinggi, sama lawa dan sama padan. Semoga perkahwinan mereka yang dijadualkan pada awal tahun depan dapat berlangsung dengan lancarnya.

Pasangan tunang romantik - Ana dan Azlimi.