Tak seperti yang aku harapkan. Itulah yang dapat aku cakap pasal perlawanan bola sepak semalam di Stadium Bukit Jalil antara Chelsea dan skuad Olimpik Malaysia. Wife aku dah beli tiket awal-awal lagi sejak ianya mula dijual. Peluang menengok artis bolasepak beraksi di depan mata memang jarang-jarang diperolehi. Jadi kami tak lepaskan peluang ini. Dan ini merupakan kali kedua aku ke stadium menengok lawan bola. First time dulu masa aku tengah belajar kat UTM nengok Johor lawan Sarawak dengan kawan-kawan.
Tiket bola yang diidam-idamkan oleh peminat bola sepak sedunia. |
Kali kedua nak masuk stadium Bukit Jalil. |
Wajah depan stadium. Ada keris nak bagi warning jangan buat hal dalam stadium. |
Khamis semalam kami teruja nak nengok bintang-bintang tu beraksi. Bintang favourite aku buat masa ni Messi (bukan team Chelsea). Nanti kalau Messi dah tua dan tak terer aku pilih bintang lain pulaklah. Team Chelsea ni aku look forward nak nengok kehebatan Drogba dan Terry.
Penyokong Malaysia dan Chelsea. |
Hang Tuah, Adi, Hang Tuah, Adi... |
Wife aku dah sampai lebih awal pasal dia naik LRT. Aku naik kereta sampai lambat sikit pasal tersangkut dalam jam. Sesampai di gate, pengawal keselamatan siap check sorang-sorang kot-kot ada yang bawak benda-benda berbahaya seperti pedang samurai, bom buatan sendiri, bom buatan US, kereta kebal Rusia dan bom atom Iran. Wife aku dah siap-siap pilih tempat terhebat supaya nampak jelas muka-muka soccer star, sampai lubang hidung dia pun kami boleh nampak. Dalam stadium agak panas dan belengas. Tapi orang tak ramai lagi waktu petang. Ada beberapa penyokong MU dan Liverpool disuruh bukak baju oleh penyokong Chelsea. Aku rasa diorang nak glamor je, boleh masuk YouTube dan dipuji oleh Rooney dan Gerrard.
"You bukak semua, Saya mau check you punya kencing manis". |
Menunggu 2 jam dalam stadium adalah satu jangka masa yang agak lama. Kami sempat nengok penonton dan penjaga seat bertegang urat pasal tempat duduk. Sesekali ada pulak orang buat flag waves. Tapi aku masih duduk diam, tak sorak, tak melambai. Macam takda emosi je. Tapi sebenarnya aku tengah fokus dan nak ambil mood bila perlawanan start nanti. Ramai sungguh orang kat stadium, sampai panjat-panjat bumbung stadium dan ada pulak yang bertenggek kat atas tiang gol pasal tak dapat tempat duduk.
Maskot ni lagi popular dari artis. |
Fuuuuhhhh..... ramainya umat... |
Flag waves. |
Penonton teruja bila nengok aku sepak bola takraw pakai tangan. Itu baru sepak bola takraw, belum lagi sepak bola sepak. |
Bila waktu maghrib tiba, kami gilir-gilir pergi bersolat. Sedih jugak bila ramai umat Islam dalam stadium yang tak bersolat. Bila turn aku, aku cariklah surau. Tak tau nak pergi arah mana. Akhirnya aku hentam sajalah. Lalu aku ternampak orang berbaris di tandas nak ambil wudhu', dan ada sekelompok manusia sedang solat atas laluan tepi stadium. Aku pun join mereka. Bila aku habis je solat, ada sorang mamat buat pengumuman. Katamya, "Kiblat ni salah! Ikut arah sana! Ikut Surau!" Baru aku sedar yang surau tu sebenarnya terletak tak jauh dari tempat aku solat. Jadi aku pun masuk surau dan solat maghrib second round. Tengah solat rakaat ketiga tiba-tiba ada satu mamat yang lain pulak berteriak, "Arah kiblat ni salah! Kiblat arah situ. Tadi saya dah check dengan pekerja stadium ni. Dia lebih tau. Check kompas pun sama macam yang pekerja tu cakap." Aku terus berhenti solat. Maknanya solat aku yang mula-mula tulah arah kiblatnya betul. Mamat tu kata dalam surau tak tunjuk arah kiblat (itu yang tak sepatutnya berlaku). Jadi orang main ikut-ikut sejadah aje. Entah-entah sejadah tu orang main letak-letak aje. Last-last semua orang ikut arah yang salah.
Solat tak wajar ditinggalkan walau dalam keadaan apa sekali pun. Kiblat ini yang dikatakan betul oleh pekerja stadium. |
Tepat jam 8.45 malam, pemain-pemain masuk padang dan game pun bermula. Overall memanglah Chelsea yang control bola, tapi payah benar rasanya nak score gol. Memang pertahanan Malaysia sangat kental. Players Chelsea pun tak main sungguh-sungguh, takut kaki patah kena bentes. Dari tempat aku duduk yang nampak kemas permainannya masa first half ialah Salomon Kalou. Yang lain agak huru hara, termasuklah Lampard. Kecewa sungguh bila masa pertama cuma seri tanpa sebarang gol. Second half pulak yang outstanding sikit mungkin John Terry kot.
Barisan pemain skuad Olimpik Malaysia. Amri Yahyah pemain senior. |
Nombor 10 tu pemain Israel. Kena booo habis-habisan. |
Masa main tu, aku dan isteri perasan satu benda. Bila bola sampai ke pemain Chelsea jersey nombor 10 semua ornag boooo kat dia. Kesian jugak kami nengok pasal mamat tu dahlah kecik, main sungguh-sungguh, tapi kena booo habis habisan. Lalu wife aku tanya orang sebelah. Kami diberitahu dia tu orang Israel. Ohhh... patutlah. Lalu aku pun start booo jugaklah macam orang lain. Aku check balik nama dia ialah Yossi Benayoun.
Masa ni game belum start. Masih fresh lagi. |
Perlawanan berakhir jam 10.30 malam. Dan Chelsea cuma menang 1-0 je. Itu pun gol yang entah masuk entah tidak hasil sepakan percuma yang diambil Drogba. Memang aku jeles dengan orang-orang yang nengok Malaysia lawan Liverpool. 9 gol tuuuuuhhh. Mahal betul gol malam semalam. Ingatkan harga makanan je naik harga, rupanya harga gol pun dah semakin meningkat. Aduuuh!
Perlawanan sengit macam kucing lawan anjing. |
Masa balik seperti yang kami jangka memang jam teruk. Tersangkut kat stadium aje dah berjam-jam. Kira sempat jugaklah aku tidur untuk beberapa malam baru boleh keluar stadium. Sampai rumah pukul 12.30. Memang cukup penat walaupun aku tak join main bola kat padang. Walaupun aku kecewa, aku tetap seronok dapat bertandang ke stadium yang gah bersama bintang-bintang bola antarabangsa.
Stadium tengah gawat. |
Senyum paksa pasal dah terlalu penat ya amat. |
No comments:
Post a Comment