Percutian di Kalumpang hujung minggu lalu dipenuhi dengan aktiviti. Lepas beraktiviti pastinya perut meragam nak mintak makan. Tapi kami tak perlu risau kerana makanan selalu tersaji lengkap untuk kami.
Sampai-sampai je kat Kalumpang jam 12 lebih malam, makanan dah terhidang. Bangun pagi-pagi je dah ada makanan menanti. Lepas sukaneka & mandi-manda waktu tengahari, pun ada makanan menunggu. Waktu petang ada pula minum petangnya. Lepas isyak berjemaah, satu menu baru pula terhampar. Dan makanan terus menerus memburu perut-perut kami dari mula kami sampai hinggalah sebelum kami berangkat pulang. Well organised by host. Terima kasih kepada kekanda-kekandaku yang tak mau menengok para jemputan kebuluran.
Aku tak sempat pulak nak timbang badan. Takut-takut naik berkilo-kilo pulak. Bagi yang aktif berenang tu tak apalah pasal kalori akan mudah terbakar. Tapi aku yang lebih banyak melepak dari beraktiviti ada risau sikitlah. Anyway, di Kalumpang selera anda memang akan meningkat kerana suasana dingin dan nyamannya. Apa saja yang disuakan pun akan berasa enak. Sayur rumput, lauk batu pasti enak walau direbus sekali pun.
Sampai-sampai makan barbeque. |
Ada kambing, ada udang, ada sosej, ada ikan. Semuanya dibakar hingga rangup. |
Pagi hari sarapan mi goreng dan telur dadar. |
Khusyuk mengadap makanan. |
Wajah sentiasa berseri kerana ada makanan terhidang di mana-mana. |
Tengah hari lauk ayam dan ikan. |
Amie sedang makan ulam pucuk buluh macam panda. |
Intan melepek dekat abangnya kerana terlalu kenyang. |
Faridz termenung pasal terlalu kenyang. Abby juga terlalu kenyang dan gembira sambil menunjukkan peace. |
Tak ada sesiapa yang sempat lapar di sini. |
No comments:
Post a Comment