Pagi hari Sabtu selepas sarapan rupanya pihak penganjur telah siapkan acara sukaneka untuk kami. Kanak-kanak dan orang besar semuanya terlibat. Anak-anak kecil main acara tiup tepung dan tiup belon. Masa tiup tepung muka anak-anak semua jadi comot tak menentu. Sampaikan kami sukar untuk mengenali anak masing-masing yang telah penuh mukanya bersalut tepung. Juaranya kalau tak silap aku ialah anak abang Karim -Eeka.
Comel jugak anak-anak bila didandan dengan tepung gandum. |
Para peserta tiup tepung. Semua ceria kerana baru dapat hadiah hebat. |
"Fuh! Fuh! Fuh! Tak mau besar pun. Belon ni bocorlah". |
"Yaaah... Akulah juara peniup belon. |
Mak Long menghulurkan hadiah buat pemenang. |
No comments:
Post a Comment