Pagi hari Ahad anak bongsu aku memang tertunggu-tunggu nak mandi kat swimming pool. Anak perempuan aku pun turut teruja. Aku dan Syahmie sekadar nak bersiar-siar dan bergambar aje. Wife aku terpaksa turut menyelam sambil mengawasi anak-anak yang nak bermain air.
|
Bersiap sedia untuk berenang. |
Kolam renangnya sangat luas dan bertingkat-tingkat. Dari satu hujung ke hujung yang lagi satu kena naik satu bas dan dua teksi baru sampai. Tapi itu tak mematahkan semanat kami. Kami tetap menapak dan mengambil masa dua hari tiga malam baru sampai ke segenap pelusuk kolam renang yang luas itu. Masa kami sampai tak ramai orang yang mandi manda. Jadi kira kami boleh conquer-lah keseluruh kolam renang. Aku dan Syahmie cuma basah-basahkan kaki aje. Amier berenang dengan macam-macam style kat kawasan cetek.
|
Berenang gaya kura-kura. |
|
Berenang gaya katak mencangkung. |
|
Swimming pool bertingkat dan luas. |
Kat satu sudut ada tergantung buaian "hammock". Kami bergilir-gilir mencuba berbaring di atas hammock yang dibuat begitu kemas, kuat, mantap dan selesa. Mula-mula Syahmie cuba baring. Dan dia terus tertidur untuk selama setengah jam. Lepas tu aku pulak try. Dan aku pulak tertidur dekat empat jam. Wife aku menyusul dan dia tertidur sejam setengah. Cuma Wanie dan Amier aje yang tak tidur. Begitulah selesanya hammock yang disediakan itu.
|
Buaian hammock yang menjadi kegilaan muda mudi. |
|
Mata Syahmie dah mula kuyu. |
|
Baru bangkit dari mimpi. |
|
See the legs. |
Operasi berenang dan beriadah terpaksa ditamatkan lebih awal dari perancangan kerana air hujan mula menitik dari langit. Anak-anak aku sempat pulak berinteraksi dengan seekor ulat gonggok merah yang kebetulan nak berjalan menuju swimming pool jugak. Tapi bila hujan, niatnya dibatalkan.
Di taman ada jugak plet yang dipasang di atas jubin yang menjadi tempat berdiri para delegasi seluruh dunia dalam persidangan yang pernah diadakan di Cyberjaya. Salah satu plet tu tertulis nama Tun Dr Mahathir Mohamed, mantan Perdana Menteri Malaysia.
|
Gambar delegasi yang bersidang. |
|
Plet Tun Dr Mahathir Mohamed. |
Balik dari berenang dan bersiar-siar, kami semua lapar. Dan di bilik telah siap sarapan roti sandwich telur dan tuna serta air teh-o. Kami pun makan dengan lahapnya seperti dah sebulah tak jumpa makanan.
|
Celup kaki kat tempat jacuzzi. |
|
Seekor cacing sedang mengintai Syahmie. |
|
Mandi kaki aje. Badan tetap kering. |
|
Pertembungan dengan ulat gonggok merah yang mengerikan. |
|
Masa untuk pulang. |
No comments:
Post a Comment