m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, July 11, 2011

Sehari di Cyberview Lodge: Bersantai kosong

Ketika bandaraya Kuala Lumpur disesaki dengan ribuan rakyat di kalangan ahli politik, polis dan rakyat biasa yang berhimpun atas urusan kehidupan, kami sekeluarga meninggalkan ibu negara Malaysia menuju ke Cyberjaya untuk bercuti dan berehat. Entah macam mana tarikh 9 Julai yang kami pilih telah juga menjadi tarikh pilihan kelompok yang ingin berhimpun. Tak apalah. Semua itu telah ditentukan. Kami bertolak meninggalkan rumah kosong setelah solat zuhur dan makan tengahari.

Jalan sangat lengang. Tapi aku tak memecut, kerana perutku kecut. Takut terperangkap dengan kamera polis yang berpuluh banyaknya yang tajam merenung kepada mereka yang memandu laju. Ini kali kedua kami mengunjungi tempat ini - Cyberview Resort & Spa. Kali ini kami pilih lokasi kediaman di pinggir kolam ikan. Satu bilik untuk orang tuaku serta kakakku, dan satu bilik lagi untuk aku berlima beranak.

Cyberview cantik kerana kehijauannya. Ada kemudahan melayari internet, ada Astro, ada katil besar saiz kingkong (maksud aku saiz king), ada kelambu dan ada puluhan nyamuk nakal yang suka-suka je gigit badan orang. Pelepap! Ha, dah pun kena sekor! Memandangkan agar sukar mencari makanan di dalam mahupun di luar perkarangan penginapan kerana lokasinya, dan terutama sekali kerana harganya, maka kami telah membawa segala macam bekal untuk makan siang, malam, petang dan sarapan. Paling menjimatkan!

Sesudah settle down dan solat asar, aku lantas mencapai joran dan umpan dan melompat dari pagar kediaman ke tepi kolam. Semangatku meronta-ronta selepas melihat satu couple memancing ikan walaupun tak mendapat apa-apa hasil. 

Waktu malam aku keletihan. Padahal di Putrajaya ada pameran bunga-bungaan dan kapal berhias serta pertunjukan bunga api. Berdentam-dentum bunyinya yang sangat kuat memecah keheningan malam. Tapi aku terlalu mengantuk dan mahuku cuma melayan tidur. Tapi bila malam semakin lewat, mataku mula segar semula. Mungkin kerana aku baru meneguk secawan kopi panas kurang manis. Lalu kulayan permainan tenis kat tv sebelum cuba melelapkan mata.

Anak-anakku memang kelihatan gembira, terutamanya Amier yang melompat dan meniti dari bangku ke katil ke kerusi ke segenap penjuru kamar yang agak luas. Biarkan dia melompat. Kalau dah penat cepatlah dia tidur nanti. Aku sendiri dibuai mimpi kira-kira jam dua setengah pagi.



Atuk melayan cucu.


Anak-anak cukup gembira melihat katil.

Check-out.

Cokelat wajib untuk tetamu yang baru datang.

Semua makanan dibawa dari rumah.

Menghirup udara nyaman di luar sebelum nyamuk tiba waktu maghrib.

Tilam angin dibawa dari rumah sebagai tambahan tempat tidur. Tapi bocor pulak.

Baru sampai. Di depan bilik.

Kakakku melayari internet.

Sama-sama melayari internet.

No comments:

Post a Comment