m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, July 10, 2011

Dan raksasa itu kembali mengganas!

Petang semalam, sebelum kami berangkat ke Ampang Puteri untuk melawat bonda mentuaku dan temanku, Isma, kami berlima beranak telah ke Taman Tasik Ampang Hilir yang terletak berdekatan untuk menjengah ikan-ikan di air. Kami membawa sebuku roti bersama kami. Roti dilemparkan. Secebis demi secebis. Dan berduyun-duyunlah ikan tilapia pelbagai saiz serta lebih sepuluh ekor kura-kura meluru ke arah kami tanpa merasa segan-silu mahupun gentar. Pelawat yang lain pun ada jugak yang lempar roti. Tapi tak bersambut kerana mereka membaling roti cap ayam yang murah, sedangkan kami menghulur roti Gardenia yang berkualiti tinggi dan enak dimakan walau begitu saja (harus diingat, kami tak dibayar oleh mana-mana pegawai Gardenia untuk membuat iklan ini, tapi kalau mereka bayar lagilah best kan).

Sedang kami leka memberi dan melihat ikan makan, tiba-tiba berlaku satu kocakan yang luar biasa hebatnya di tepi tebing tasik yang airnya kehijauan itu. Lalu air tasik di kawasan itu menjadi keruh seketika kerana kocakan yang kuat itu. Kami berpandangan sesama sendiri sambil mulut ternganga-nganga untuk jangka masa yang sangat lama. Kata isteriku, "Itu biawak kot? Cara dia gerak macam libasan ekor biawak". Aku tak menyetujuinya. Kataku, "Rasanya ikan toman tu. Dia nak terjah dan makan anak-anak ikan yang berkumpul. Kalau biawak mesti dari jauh dah nampak dia timbul". Tapi sebenarnya di dasar lubuk hatiku, aku meyakini itu adalah paus pembunuh @ killer whale @ orca yang dilaporkan sesat di lautan Antartika kira-kira 3 tahun dulu. Pasti dia telah meredah lautan, sungai dan longkang untuk sampai ke tasik ini. Jika ia muncul lagi di tebing tasik pada waktu yang lain, akan aku sediakan jaring kukuh dan kuserakkan ke tasik bagi menjerat paus pembunuh itu. Dan akan kubuktikan telahanku itu benar kepada semua kelompok media di tanah air.

Port memberi makan ikan yang paling popular.


Bila ikan-ikan dan kura-kura gembira, anak-anak pun turut gembira.

Lihatlah perutku yang bulat ini. Ia melambangkan bumi yang bulat.


Amier! Mana nak pergi tu!

2 comments:

  1. Bro Adi,

    Sebenarnya tu Naga Tasik Cini.. dia melawat sedara kat Ampang.. :)

    ReplyDelete
  2. Patutlah Tasik Cini dah kehilangan naganya. Rupanya dah berhijrah...

    ReplyDelete