Balik dari melawat bonda mentuaku di Ampang Puteri, dan balik dari mengambil anak-anakku dari sekolah malam, tiba-tiba tekak kami terasa kekurangan. Seperti kurang masinnya, kurang lemaknya, kurang pedasnya, dan kurang manisnya. Isteriku mencadangkan kami singgah di gerai sate di Ampang Jaya. Waktu tu dah pukul 10 lebih malam. Maka kami putuskan untuk order cuma 20 cucuk sate saja untuk dikongsi 5 orang.
Kami perlu tunggu seketika kerana kebetulan banyak pulak orang yang order suruh bungkuskan sate. Sementara tu kami order air - air kelapa, cikang, milo dan epal. Sejurus orang sate meletakkan pinggan sate ke atas meja kami, aku pun menjerit sekuat hati, "Mari kita makaaaaaannnnnn!!!!!" Dan kami berlima beranak tolak menolak untuk mendapatkan sate yang sedikit itu. Orang ramai melihat kami dalam kekaguman, dan berbaur rasa simpati kerana bagai rakyat kelompok "Bersamamu" yang telah berminggu tak mengecap kenikmatan bersantap.
Kalau dihidang lagi 30 cucuk pun aku rasa kami boleh habiskan. Tapi aku fikir hati nyamuk sama dicecah. Makan banyak-banyak sebelum tidur akan meningkatkan kadar obe-Siti. (Orang lain yang badan gempal, Datuk Siti jugak yang dapat nama).
Kami turut memesan lagi 10 cucuk untuk dibawa pulang bagi disajikan kepada kedua orang tua ku. Dan kereta yang kupandu berbau harum dan enak kerana ada sebungkus sate yang kubawa pulang. Sesampai di rumah mataku memang telah melayu dan tak perlu tunggu lama aku telah jauh melayang-layang dalam mimpi.
Pilih menu. |
Masih pilih menu. |
Tunggu menu sampai. |
Minum dulu sebelum sate tiba. |
Sate dimakan sampai habis, licin, kontang! |
No comments:
Post a Comment