Acara sukaneka Kalumpang yang mendapat sambutan hebat di kalangan artis dan pihak media ialah acara tarik rambut. Maaf, maksud aku tarik tali. Lapan lawan lapan. Sama gagah, sama perkasa, sama hebat. Tak siapa dapat menduga sama ada Team A atau Team B yang akan meraih kemenangan.
Tali sebesar peha gajah diangkat tanda bersedia. Mak Long dalam keadaan uzurnya pun memerah kederat untuk berjuang bersama adinda-adinda dan anakanda-anakandanya. Akid menjadi anchorman di sebelah sini. Dan Kois menjadi anchorman di sebelah sana. Team A diterajui Abby yang gagah dan hensem. Team B diterajui pula oleh Siti yang pantas dan ayu.
Bila wisel berbunyi, prrreeeeeeeeeetttttt.... semua peserta menarik sekuat tenaga. Beberapa kali tali putus kerana kehebatan tarikan yang sangat dahsyat itu. Akhirnya diganti dengan tali besi yang dibuat dari titanium yang diperkasakan pulak lagi dengan urat waja dari Ivory Coast. Dan peserta terus menerus berjuang. Round pertama milik Team A. Round kedua milik Team B. Dan round ketiga adalah yang paling sengit. Setelah berhempas pulas, dan berlaku adegan tarik-menarik selama 3 hari 3 malam, akhirnya kejuaraan milik Team A! Dari segi strateginya, Team A berada di sebelah bawah cerun, manakala Team B berada di sebelah atas cerun. Kemenangan Team A turut dibantu dengan kelebihan graviti serta doa Mak Long yang berterusan. Selepas bertarung, semua peserta keletihan, dan menanti pula acara yang selanjutnya.
|
Team B yang gagah macam Badang. |
|
Team A yang perkasa macam Dinosaur. |
|
Bersiap siaga menanti wisel ditiup. |
|
Peneraju Team A, Abby sedang mengkaji kelemahan pihak lawan. |
|
Team A sempat tersenyum sambil berkata "cheese" ketika menarik tali. |
|
Team B kegembiraan ketika menang round kedua. |
|
Terserlah kegembiraan walaupun tewas. Itu tanda sporting. |
|
Juara Tarik Tali - Team A. |
|
Naib Juara Tarik Tali - Team B. |
No comments:
Post a Comment