m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, July 12, 2011

Sekeping gambar berjuta maksud

Orang kata sekeping gambar menceritakan pelbagai kisah. Kisah yang tak terungkap oleh sang penceritanya. Biar aku kisahkan apa yang berlaku di sebalik gambar-gambar yang tertera ini. Pasti kalian tak menjangka!

Kisah Hidayat:
Dayat: Ahkg! Balik-balik aku! Aku yang pasang, aku yang bukak. Aku aje!
Adi: Apa yang ko mengeluh tu, Dayat?
Dayat: Aku bukan hamba sahaya yang boleh digolek-golekkan di padang pasir.
Adi: Siapa yang golek-golekkan ko? Aku nengok ko steady aje.
Dayat: Ni, jaring badminton ni. Asyik aku aje yang pasang bukak. Tak da orang lain ke?
Adi: Oooohhh... pasal jaring. Ko jangan terasa hati. Aku dulu pun selalu pasang bukak jaring. Cuba ko nengok aku sekarang. Hasil dari kerap berganding dengan jaring, aku dah jadi penjaring ikan terhebat seantero Nusantara. 
Dayat: Macamana pulak tu?
Adi: Hari tu aku menjaring kena ikan temoleh sebesar peha. Jual kat restoran Cina dapat tiga ribu lebih, gua cakap luuuu... Ini semua berkat pasang bukak jaring badmintonlah.
Dayat: Oooohhh... Kalau cenggitu bagi aku jelah yang uruskan pasal jaring ni, now and forever.

Kisah Faiisal:
Faiisal: Aku kecewa.
Adi: Apsal?
Faiisal: Aku kecewa!
Adi: Apsal??
Faiisal: Aku KACIWAAAAAA!!!!!!!
Adi: Oi Faiisal! Apsal ko ni?
Faiisal: Aku kecewalah.
Adi: Pasal game tadi ke? Pasal ko asyik kalah je? Ko main pun tak semangat, pasal tu ko kalah.
Faiisal: Bukan pasal tulah.
Adi: Abih pasal apa?
Faiisal: Pasal jerawat kat muka aku ni. Makin menjadi-jadi pulaknya.
Adi: Hampehlah ko ni.

Kisah Zahid:
Zahid: Aku kagum betul nengok diorang main kat court sebelah tu. Smash bukan main tajam. Drop cantik. Net play pun hebat. Sebijik macam pro. Apasal kita tak boleh main macam tu?
Adi: Ko cakap pasal orang sebelah kan? Ko tak nampak ke? Itukan Lin Dan, Chong Wei, Taufik Hidayat dengan Pete Gade. Memanglah diorang tu pro.
Zahid: Ye ke tu diorang?
Adi: Yaaa... Diorang kalau kat tournament je musuh ketat. Tapi kalau luar tournament diorang kamceng macam adik beradik.
Zahid: Eh eh. Ya la. Cermin mata aku dah kurang power agaknya. Nengok betul-betul baru nampak muka diorang dengan jelas. Eh, kau ada pen dengan kertas tak? Aku nak mintak autograflah.

Kisah Zainuri:
Zai: Aku fedup betullah.
Adi: Masalah apa pulak ni?
Zai: Kereta aku tu.
Adi: Apsal? Tayar pancit? Aircond rosak? Bateri kong?
Zai: Taaakkk. Itu semua okay. Tapi aku rasa enjin dialah.
Adi: Enjin dia kenapa? Nak kena overhaul kot?
Zai: Tak taulah. Dah beribu ringgit aku habis, masih tak settle lagi problem ni.
Adi: Cecita cecita.
Zai: Sejak beli dulu aku dah taruk petrol kat tank dia. Tapi bila aku bawak jauh sikit, petrol dia habis. Aku tambah lagi. Habis lagi. Kadang-kadang sampai kering. Nak kata bocor, tak pulak bocor. Sampai bila aku dok kena tambah petrol aje kat kereta aku tu. Give-up betullah aku. 
Adi: Aku rasa kereta ko tak sesuai letak petrol kot. Cuba letak minyak sawit.
Zai: Okaylah. Aku try nanti.

1 comment:

  1. hahahaha ... bab abang zahid pun kena tu yg tak tahan tu.. haha :) ... ayat abang long pula macam dia yang nak kenakan orang lain.. hahaha :)

    ReplyDelete