Hujung minggu lepas kami sekeluarga ke Kalumpang Resort. Bermula dengan Kak Long isteriku ingin membuat majlis kenduri, bacaan doa selamat, tahlil, sembahyang hajat untuk anak-anak buah yang akan mengambil peperiksaan, serta sambutan Nisfu Syaaban dan Ramadhan. Lalu birasku, Hasni menawarkan resort miliknya di Kalumpang (dekat Tanjung Malim) sebagai tempat aktiviti dijalankan. Semua bersetuju. Dan kami pun berangkatlah beramai-ramai menghala ke destinasi. Sambil bercuti, sambil beriadah, sambil beramal.
Kami bertolak pada Jumaat malam. Aku pulang kerja agak lewat. Selepas makan malam dan bersolat isyak barulah kami melepas, maksud aku berlepas ke Kalumpang. Waktu tu hampir pukul 11 malam. Jalan clear dan aku memandu perlahan untuk mendapatkan mood sebenar seorang pemandu berhemah. Aku drive tersangat slow sehinggakan seekor siput khinzir berjaya memotong kenderaan yang kupandu di lebuhraya. Siput itu siap menoleh ke arahku dengan berwajah sinis dan lantas meninggalkan ku jauh terkebelakang.
Sesampai di Kalumpang Resort, kaum famili semua sedang makan-makan barbeque dan ada jugak yang berkaraoke. Aku sempat mendendangkan sebuah lagu Carefree-Rindu Bayangan. Kami menetap di bilik-bilik kecil dan asrama yang telah disediakan. Malamnya memang panas. Tapi paginya seluruh tubuh didakapi dingin yang mencengkam. Gigi atas dan bawah berlaga-laga. Setitik air jatuh ke badan boleh membuatkan seseorang itu menjerit kesejukan. Ayyyaaaakkk!!
Kehebatan tempat ini adalah pada lokasinya. Ada air sungai berbatu yang sangat jernih dan dingin. Boleh mandi-manda dengan ikan-ikan tengas yang sebegitu banyak berenang-renang di celah-celah batu. Siapa yang hebat boleh saja menewaskan ikan-ikan itu untuk dijadikan lauk.
Selain dari keindahan semulajadi flora dan fauna, ada juga binatang-binatang ternakan yang menjadi tarikan pelawat yang bertandang. Kafeteria juga ada di beberapa lokasi untuk memudahkan pelawat memesan makanan dengan harga yang berpatutan. Sewaktu kami di sana, ada juga pelawat-pelawat yang datang dalam rombongan yang besar mengadakan aktiviti-aktiviti pelbagai di darat dan di air. Cukup meriah sekali, terutamanya pada hari Sabtu dan Ahad.
Aku sangat merekomen siapa-siapa yang dah mati kutu nak berjalan ke mana masa cuti sekolah, datanglah ke Kalumpang Resort ini. Yang aku cerita ni cuma baru sebahagiaan kecil daripada apa yang sebenarnya ada ditawarkan kepada pengunjung yang hadir.
Bonda mentua dan abang iparku bersantai-santai di bawah pohon bambu. |
Bersiar-siar di laman. |
"Fuuuhhh!!! Besar peha ikan tu!!!" |
Sessi wajib - karaoke. |
Duduk-duduk aje pun boleh mendamaikan fikiran. |
Tangga rumah penginapan yang curam dan mencabar. |
Kami tinggal di rumah kakitangan pasal bilik dah penuh. |
Seekor kupu-kupu datang menggugat kedamaian kami. Arrrgghhh!! Aku tersentak! |
Semua angle boleh bergambar. Sekitaran yang sangat fotogenik. |
Back-drop sungai yang indah. |
Abby, Akid & Taufik - 3 pemuda hangat yang murah dengan senyuman. |
Kak Esah dan anakandanya Yaya. |
Tauke resort - Mister Hasni, simple & humble, tapi individu yang hebat. |
Ika dan Faiisal. |
Akid dan Kois, sama manis, sama gagah. |
Anakku Amier yang tembam. |
No comments:
Post a Comment