"Team Chelsea datang Kuala Lumpur!" Itulah sorakan peminat-peminat Chelsea dalam semangat keterujaan apabila terdengar berita akan kunjungan gergasi bolasepak di liga Inggeris ke KL. Wah nampaknya bertali arus bulan ni geng-geng EPL datang Malaysia. Tentu rakyat Malaysia happy dapat menyaksikan pemain pujaan mereka beraksi di padang secara live.
Aku pun tak tau sejak bila aku jadi peminat Chelsea. Tapi wife aku yang memang fan kepada team ni telah membeli 2 tiket perlawanan pada hari Khamis nanti. Aku pada dasarnya suka nengok persembahan pemain pro yang hebat. Tak kiralah team mana, di England, Spain atau Italy. Oleh kerana nak pergi nengok orang Chelsea main bola, kenalah aku menghafal sedikit sebanyak nama-nama pemain yang bakal beraksi nanti. Akhirnya berjaya jugak aku mengingati beberapa nama besar dan menjadi tunggak utama dalam pasukan Chelsea. Antaranya: kapten John Terry, Anelka, Didier Drogba, Fernando Torres, Frank Lepat (tapi aku tak sure samada lepat pisang atau lepat ubi, mungkin kena tanya balik kat dia kot) dan penjaga gol Petr Czechoslovakia. Sempat jugak aku nanya kat goal keeper tu, apasal dia main bola pakai helmet. Jawabnya, helmet dan kepala dia tu dah macam sebati. Dia bukan aje pakai helmet masa main bola, tapi jugak masa mandi, tidur, masa sikat rambut, bahkan masa ber-dating pun dia pakai jugak helmet tu. Itu yang menjadi kegilaan gadis-gadis rupawan tu.
Jalan masuk ke Staduim Bukit Jalil sangat sesak. Dahlah sebelum tu aku sesat barat. Kami ingatkan ada peluang nak jumpa players, rupanya takda chance langsung. Kami pun tak tau diorang jumpa time mana dan kat mana, tau-tau sessi tu dah berlalu. Hampeh. Aku paling kesian si Drogba dan Lepat beria-ia nak jumpa aku kat KL. Kata mereka nak minta autograf aku. Tapi tak kesampaian. Lalu sebelum mereka naik bas sempat jugak aku jeritkan pada mereka, "If you guys want my autograph, tweet me in the internet!" Masa aku nak masuk stadium ada pulak satu mamat Negro ni pakai baju Arsenal. Ish ish ish... nak kena bukak baju kot mamat ni macam mamat yang pakai baju MU masa nengok Liverpool berlatih (tapi Rooney kata budak tu legenda). Kami balik lepas habis training kira-kira jam 9 malam. Balik tak berapa sesak pasal ada fans yang dah berlepas awal. Nasib baiklah kami.
Pass nengok latihan. |
First time aku nak masuk dalam Stadium Bukit Jalil. |
Ramai jugak fans yang hadir. |
Players tengah buat stretching. |
Aku jadi fan Chelsea untuk hari ini. |
Mascot Chelsea pun jadi popular dan disorak oleh penonton. |
Tak sabar nak tunggu the real challenge! |
Wife aku sangat teruja dengan kehadiran Chelsea. Dan aku happy nengok wife aku happy. |
No comments:
Post a Comment