Pulang dari ofis, aku, isteri dan Amier ke Ampang Puteri melawat bonda yang masih dirawat di hospital. Wah! Ramai sungguh pelawat yang datang, terdiri dari anak-anak, menantu dan cucu-cucu. Ceria sikit aku nengok bonda bila suasana jadi riuh meriah ceria dengan kehadiran semua orang yang disayangi. Kebetulan hari ni harijadi anak saudara isteriku, Yaya yang dari semalam menemani neneknya di hospital. Kami disaji dengan masakan lasagna yang hebat. Siapa yang masak ya? Mak Teh atau Ika. Aku pun tak tau. Aku tau makan aje. Memang enak.
Ada jugak kek harijadi, ada kerepek, ada roti pebagai rasa, ada buah-buahan, minuman pelbagai perisa dan ada tikar untuk duduk bersantai dan bergolek-golek kalau mengantuk. Ya, entah kenapa lama-lama mata aku memang mengantuk. Aku siap berbaring atas lantai dengan kepala beralas bantal. Kalau layan ngantuk memang boleh terlena nyenyak. Kami pulang setelah jam menunjukkan pukul 10.15 malam.
Epilog: Bonda menjalani saringan MRI siang tadi dan doktor mendapati berlaku slipped disc pada tulang belakang bonda. Patutlah bonda selalu mengadu sakit pinggang dan punggung. Sekarang bonda menjalani latihan fisioterapi. Semoga rawatan yang diberikan akan menjadi assebab bonda sembuh dan sihat walafiat.
Bonda ambil gas - untuk pernafasan. |
No comments:
Post a Comment