Sewaktu pembantu rumahku nak memotong timun buat ulam nasi lemak, dia mendapati timun itu telah hilang. Dicari ke merata tempat, namun masih tidak diketemui. Beberapa ketika selepas itu, timun yang hilang itu tiba-tiba telah ada di atas meja dapur. Kakakku lalu mengambil timun itu dan menemui sesuatu yang menakjubkan!
Timun itu telah terbelah pada sebahagian tubuhnya. Dan di dalamnya terkandung klip-klip kertas milik ayahku. Apakah yang sedang berlaku? Adakah ini satu penemuan sains yang baru? Ataukah ia merupakan suatu kejadian mistik lagi misteri? Ataupun ia merupakan suatu silap mata ala-ala David Copperfield? Jawapannya tidak. Ia adalah hasil kerjatangan kreatif anak bongsuku, Amier. Keh keh keh... Dan sebenarnya (macam lagu Yunalah pulak kan?) ini telah membuka minda kreatifku untuk menyimpan macam-macam barang dalam timun seperti duit siling, paku, skru, dan handphone.
Klip kertas yang tersimpan kemas di dalam timun. |
No comments:
Post a Comment