m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, January 31, 2014

Talisman Finance di Kelantan Delights: Makan dan main game

Bahagian 1

7 September 2013 - Masa raya tahun lepas, ofis wife aku ada buat makan-makan sikit. Macam kira open house-lah jugak. Acara dibuat di Kelantan Delights di Subang Jaya. Itulah first time aku makan kat situ. Masa kat sana kena speaking Kelantan ajelah kot. "Hambo nok make nasik kerabu letok budu. Nok minum air teh beng tok se ais". Okay tak macam tu?

Wanie baru nak mula makan.
Amier sedang meneliti makanan yang dimakannya.
Bagai kanak-kanak lapar disorongkan makanan.
Kami sampai agak lewat jugak. Ramai kengkawan ofis wife aku, khususnya department finance, dah sampai kat sana. Mereka semua dah start makan. Tapi aku nengok makanan kat atas meja masih bersepah lagi. Jadi aku pun ambillah makanan yang terhidang dan makan dengan penuh selera. Anak-anak aku pun buat perkara yang sama dengan aku.

Kanak-kanak bersama maskot Harimau Malaya, kot?
Harimau Malaya memegang tangan Sabriena.
Sabriena kena dukung dengan Harimau Malaya.
Kanak-kanak gembira dapat bertemu dengan Harimau Malaya.
Tak lama lepas tu, datanglah pulak badut professional dan seekor maskot membuat acara mereka sendiri. Ada beberapa game yang pelik-pelik seperti menari gelek dangdutlah, pegang binatang-binatang kecillah, magic show yang tak berapa nak magiklah, dan entah apa-apa lagi. Kami layan aje permintaan si badut tanda sporting.

Pengendali acara menyuruh para tetamu bertepuk tangan dengannya.
Clap, clap, clap...
Sabriena pun nak join jugak.
Bos Finance, Shahril turut memberi sokongan.
Kanak-kanak mula berkumpul untuk mendengar cerita sang badut.
Shahril memerhatikan acara kanak-kanak.
Sabriena memegang seekor tikus kecil.
Tikus ini nampak aje jinak, tapi sebenarnya dia suka makan daging, especially daging manusia. Ha ha ha!!!
"Sebelum kau makan aku, lebih baik aku makan kau dulu - masak tiga rasa".
Faiz dan suami.
Bersama kengkawan - Kak Tun dan Linda.
Ais turut hadir memeriahkan suasana.
Bersama anak bujang.
Dah sudah makan. Tunggu ajelah time balik.
Pak Wie datang bersama keluarga.
Kak Mona turut hadir.
Sementara acara sedang berlangsung, aku teruskan dengan aktivitiku sendiri - makan minum dan ambil gambar tetamu. Anak-anak aku nampak gayanya macam tak berapa nak join sangat dalam acara kanak-kanak yang dianjurkan. Masing-masing lebih berminat menghadap pinggan berisi makanan.

Bersambung...

Memilih makanan kegemaran.
Si Badut nak mula buka cerita.
Cerita kelakar Si Badut sangatlah menyayat hati.
Amier merajuk. Tak taulah apa yang dirajukkan,

Burung merpati sedang bertenggek di atas bahu. Ada perkara yang hendak dibisikkan ke telinga adik ini.
Burung yang sama bertenggek kat bahu orang lain pulak.
Bersama anak dan merpati putih.
Merpati putih tak puas bergambar.
Kamarul dan isteri sedang menikmati juadah.
Fazli sangat happy pasal dah sudah makan.
Pak Wie nak makan dessert pulak.
Hubby kepada Kak Fidah sedang meninjau makanan di sebelah belakang.
Jejaka idaman se-Malaya sedang menunjukkan cara-cara berdangdut.
Mari berdangdut reggae!
Semakin ramai tetamu yang menari dangdut.
Inilah gaya dangdut yang paling hangat di alaf ini.
Budak-budak pun menari dangdut jugak.

Hari pertama Syahmie di MRSM Gemencheh tahun 2014

1 Januari 2014 - Senario ini adalah ketika kami menghantar Syahmie pulang ke MRSM Gemencheh pada awal tahun ni untuk menyambung pembelajaran di sini bagi tahun ketiga. Tahap konfiden level Syahmie masa ni dah agak tinggi. Baju dia pun main campak-campak aje kat dalam almari tu.  Cepat aje dia susun pakaian dalam almari. Kawan-kawan satu dorm dengan dia ramai jugak yang dah balik. Syahmie terpaksa sampai lambat sikit pasal pada waktu pagi kena hantar Wanie masuk asrama kat Sekolah Agama Kajang.

Mama tolong Syahmie kemas pakaian adalam almari. Yana pun ikut sama.
Semua baju Syahmie digantung.
Ada lagi barang yang belum berkemas. Amier cuba membantu.
Sumbat semua dalam almari.
Amier ajak semua orang beredar.
Lepas dah siap simpan barang kat dorm, kami semua turun ke bawah dan pergi ke kafeteria. Niat di hati nak minum-minum aje. Semua orang dah kenyang. Tak plan-lah nak makan apa-apa. Akhirnya, bagi memenuhi masa lapang, kami order-lah mi goreng satu pinggan. Kongsi ramai-ramai. Bila makan mi goreng tu rasa macam sedaplah pulak. Berebut jugak kami makan. Berebut lima orang. Sampai licin pinggan tu. Lepas dah makan-makan tu, barulah kami beredar dari situ. Masa dah agak lewat petang jugak. Mungkin dah sekitar jam 6 kot. Nasib baik perjalanan pulang kami agak singkat pasal traffik tak terlalu sesak.

Time untuk makan petang. Berebut-rebut!
Menjamu mi goreng.
Semangat betul kami makan.


Tuesday, January 28, 2014

Sambut birthday selepas main badminton

19 Disember 2013 -  Selepas main badminton, macam biasa, kami singgah dulu kat sebuah warung sederhana besar untuk minum-minum. Tapi pada malam ni agak berbeza sikit dari selalu. Kami turut meraikan hari jadi wife aku denagn Abang Zai. Kira happy belated birthday-lah. Lepas menyanyi-nyanyi, potong dan makan kek, kami pun pulanglah dengan membawa haluan masing-masing.

Kek hari jadi dikongsi bersama.
Abang Zai memotong kek.
Sambut birthday sambil menyantai.
Bersama Kak Long.
Yaya dan Safiyah pun ada.
Makan sampai licin.


Nana sedang mengoncang badannya tanda gembira meraikan hari ini.
Birthday bulan Disember.