Ingat tak pada hari Jumaat lepas? Masa tu kat Jalan Tun Razak telah mengalami satu fenomena yang disebut sebagai mega traffic jam. Kereta dari arah selatan nak masuk ke KL memang sangkut teruk. Tempiasnya terkena jugak kat aku yang nak menghala ke selatan, ke Bangi. Bila sampai kat fly-over, barulah aku tau apa puncanya. Rupanya ada lori rosak kat tengah jalan. Tayarnya semua pancit. Lane sebelah aku jadi jam pasal banyak pemandu slow down-kan kereta nak nengok apa yang berlaku. Aku cukup kesian kat orang yang nak masuk KL kena beratur panjang sampai ke Serdang! Nasib baik aku lalu bertentangan arah.
Kini tiba waktu petang. Aku pulak nak masuk KL, nak balik rumah dari Bangi. Lepas tol Sg Besi aje aku terus kandas. Kenderaan bergerak terkedek-kedek bagaikan siput babi yang patah kakinya. Eh! Siput babi mana ada kaki! Okay-lah, bagaikan kura-kura patah kakinya. Lepas dua jam barulah aku sampai kat fly-over Jalan Tun Razak. Dan alangkah terkejut ular anaconda-nya aku bila melihat lori yang rosak tadi masih tersadai kat tengah jalan. Tak berganjak dari pagi tadi! Eh! Apa masalahnya. Kenapa tak ada pihak berkenaan berusaha untuk mengalihkan lori tadi? Persoalan bercampur kegeraman melanda hatiku. Akibatnya, ratusan, malah ribuan kenderaan tersadai kat highway tak dapat bergerak lancar.
Setelah kajian demi kajian dilakukan, barulah aku dapat jawapannya. Lori itu adalah dari keturunan Transformers. Dia tak nak orang tau yang dia tu alien dari planet lain. Lepas dah malam buta, masa orang tak ada, barulah dia berubah jadi robot dan cepat-cepat lari dari situ. Esok paginya barulah lori tu hilang secara misteri - itu kata pemberita.
No comments:
Post a Comment