Bahagian 1
Hujung minggu lepas kami pergi bercuti di Melaka sempena cuti sekolah selama seminggu. Ingat tak dalam blog aku yang dulu? Patut dah pergi masa bulan dua dulu, tapi oleh kerana masalah kesihatan sekeluarga, maka kami tangguhkan jadi minggu lepas.
Tempat yang kami kunjungi untuk menetap berada di Ayer Keroh. Nama tempat tu ialah Philea Resort & Spa. Terletak betul-betul sebelah tol Ayer Keroh. Kami bertolak dari Kuala Lumpur lepas solat Jumaat. Sampai sana dalam pukul 6 petang kot. Pergi dua kereta. Satu aku drive, satu lagi anak buah aku, Farid yang drive. Sampai sana dalam keadaan selamat dan sejahtera.
|
Di pintu masuk resort. |
Meh aku ceritakan serba sedikit pasal keadaan tempat ni biar korang merasa kagum, tertarik, tercengang-cengang dan melompat-lompat nak pergi ke tempat ni. Cerita yang lebih terperinci akan aku kisahkan pada bahagian yang selanjutnya.
|
Bangunan administration. Memang cantik. |
Tempatnya sangat lawa. Kalau tak silap aku dia jatuh rank nombor satu kat Melaka. Harganya memanglah kaw-kaw punya. Kalau ada offer atau diskaun barulah dapat murah sikit. Kami pun gunakan tiket offer jugak tempoh hari. Aku memang cukup suka nengok senibinanya yang macam ala-ala hutan tropika khatulistiwa. Banyak kayu balak dari seluruh Malaysia kena tebang untuk menjayakan corak rekabentuk yang sedemikian rupa. Sana sini pakai kayu. Dari tiang, alang, bumbung, kerusi, perabot, bantal dan tilam pun semua pakai kayu. Makanan yang disediakan pulak seprti batang buruk, biskut kayu manis. Pokok pangkalnya mesti ada kena mengena dengan kayu.
|
Porch bangunan pentadbiran. Banyak pakai kayu balak. |
|
Kayu balak merata-rata, sampai ke bumbung. |
Seni lanskapnya jugak sangat hebat. Jalan berbatu-batu macam zaman batu dinosaur dulu. Pokok ditanam rapat-rapat dengan bangunan supaya terasa macam duduk dalam hutan. Kata manager dia, dulu dia cadang nak letak gajah dan harimau dekat dalam setiap unit bangunan. Tapi takut semua tetamu kena lenyek dan kena ngap dengan binatang-binatang tu. Jadi cadangan tadi dibatalkan.
|
Jambatan menuju ke destinasi. |
|
Meninjau swimming pool. |
Kawasan resort memang penuh dengan kehijauan dan kecokelatan. Itulah yang membuat sejuk mata memandang. Lagi satu yang jugak membuat mata sejuk ialah, ia menyediakan peti ais untuk menyimpan bijik mata. Barulah mata betul-betul jadi sejuk. Hwa ha ha...
|
Semua tempat penuh kehijauan. |
|
Pandangan dari atas jambatan. |
Dari segi rupa bentuk, aku memang tak ada apa nak komplen. Memang hebat dan menarik. Kalau petang-petang boleh jugak ber-jogging keliling kawasan yang nyaman ini. Aku perasan jalan laluan utama yang menghubungkan semua unit kediaman cuma selebar kira-kira 6 kaki aje. Pihak bomba bagi pulak diorang bina jalan sempit macam tu. Nak lalu sebijik kereta pun tak muat. Aku jugak perasan, kayu landasan keretapi terpakai banyak digunakan di sini. Aku rasa anggaran kos untuk membina resort ni mungkin sekitar..... entahlah. Pokok pangkalnya memang tersangat-sangat-sangat mahal. Kalau ada kesempatan untuk jenguk, cubalah jenguk. Tak payah duduk kat sini pun tak apa. Datang tinjau aje.
|
Hujung jambatan ada tempat kediaman. |
|
Contoh rumah kediaman yang macam cottage orang putih. |
|
Batu bersurat Melaka yang telah dilupakan sejak zaman Sultan Mansor Shah dulu. |
No comments:
Post a Comment