Bahagian 7
Di Ayer Keroh, Melaka, sempat jugak kami naik kereta lembu sambil bersiar-siar. Mulanya ingatkan cuma nak ambil gambar aje. Tapi nengokkan pakcik tua tu macam tak ada pelanggan aje, jadi kami pun secara sepontan setuju untuk naik kereta lembu tu berlima. Wanie aje yang tak ikut. Pakcik tu tanya, "Nak ke mana?" Jawabku, "KLCC. Ada brann...?" Okaylah, sebenarnya kereta lembu tu jalan pada jarak yang dekat aje. Dalam seratus meter perjalanan saja. Bayaran yang dikenakan cuma RM10.
|
Lembu-lembu yang gagah perkasa. |
Masa mula-mula menjejakkan kaki kat belakang tempat duduk tu, aku bagaikan nak muntah jugak pasal bau lembu-lembu tu sangat semerbak. Terasa macam nak pitam pun ada sikit-sikit. Tapi bila semakin aku menghidu bauan lembu tu, makin rasa macam best pulak bau dia. Naik ketagih pulak aku nak bau badan lembu yang harum semerbak tu.
|
Amier muka monyok menahan bau lembu yang busuk. |
|
Muka buat-buat happy sambil menahan bau lembu. |
|
Kereta lembu yang dihias cantik. |
|
Bergambar selepas selesai bersiar-siar. |
|
"Jom turun dan tinggalkan lembu yang busuk ni," kata Amier. |
Lembu-lembu yang membawa kami bersiar-siar tu sangatlah perkasa. Tubuh badan yang sasa dan besar gadang bak kereta kebal Russia. Muscle otot berketul-ketul macam body builder Mr Universe. Daging dia kalau masak buat sup atau rendang, mesti liat macam makan getah sekerap, dan urat dia mesti dah macam dawai kabel elektrik. Selepas selesai perjalanan yang singkat tu, kami bayar pakcik drebar RM10 dan bergambar. Itulah pengalaman pertama kami menaiki kereta lembu dari Melaka.
|
Kereta lembu yang hebat! |
|
Bonggol kat belakang lembu tu sangat besar, sebesar anak badak. |
Assalam, saya Wati, editor untuk buku teks yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malayasia ingin memohon kebenaran menggunakan gambar 'kereta lembu' dalam blog tuan. Sila hubungi saya di emel watiaddin@gmail.com agar saya dapat membuat permohonan secara rasmi.
ReplyDelete