Bahagian 8
Tempat yang paling dekat yang sempat kami lawat ialah kat Taman Rama-rama. Ia terletak kat sebelah Philea Resort aje. Naik buggy pun boleh. Masa ni kebanyakan kami dah agak penat. Mak, ayah, kakak dan adik aku dah penat dan nak rehat kat bilik. Wife aku pun penat dan tak larat jugak. Tapi oleh kerana nak memeriahkan suasana, dia join jugaklah anak-anak semua melawat ke tempat ini. Yang paling excited nampak gayanya Amier, sebab berkali-kali aku cakap kat dia yang kami akan menengok rama-rama kat taman.
Taman Rama-rama yang menjadi kebanggaan seluruh warga Melaka. |
Bayaran yang dikenakan agak murah. Tapi aku tak ingatlah pulak berapa ringgit. Kalau bawak kamera kena charge RM3. Isteri aku oleh kerana dah tak larat nak berjalan, maka aku tolaklah dia pakai kerusi roda. Masalahnya, sepanjang jalan kat taman tu penuh dengan tangga, jalan berbonggol dan tidak rata. Maka isteri aku terpaksalah kejap naik, kejap turun dari kerusi roda tu.
Burung hitam yang menyambut kami. |
Masuk-masuk taman kami disambut oleh iguana dan burung. Eh, sepatutnya rama-ramalah yang menyambut kami. Tapi bila kami amat-amati papan tanda dia, tertulis juga perkataan Taman Reptilia. Okaylah. Iguana tu kan reptilia. Dan burung tu pulak barangkali ada sayap macam rama-rama jugaklah kot. Lebih jauh sikit kami berjalan, barulah kami nampak sekumpulan rama-rama sedang hisap manisan yang disediakan. Aku cari jugak rama-rama yang warna warni macam spesis Rajah Brooke yang menawan tu. Tak ada pun. Yang ada cuma rama-rama perisa cokelat aje. Dan tak banyak pulak tu! Ah! Peduliklah. Janji ada rama-rama.
Interaksi pertama dengan rama-rama cokelat. |
Rama-rama cokelat sedang hisap manisan buah. |
Jambatan berliku. |
Landskapnya agak menarik walaupun tak OKU friendly. |
Perjalanan kami teruskan. Dan kami nampak ada serangga yang hebat-hebat termasuk jenis yang berbisa. Kemudian kami lalu pulak kat tempat ular. Ada anaconda! Aku memang sangat teruja bila dapat nengok anaconda yang memang menjadi idola aku sekian lama. Siap minta autograf lagi kat anaconda tu. Tapi rupanya ada satu jenis ular yang lagi besar dari anaconda. Ular sawa Burma. Badan dia sebesar batang kelapa. Perut dia gemuk. Aku rasa dia baru tertelan tuan yang bagi dia makan kot. Aku tak dapat ambil gambar pasal terkejut dengan saiz besarnya yang hebat tu.
Yana dan rama-rama jinak. |
Cuma Yana sorang yang berjaya pujuk rama-rama untuk hinggap di tangan. |
Kami ada mencuba menyuruh rama-rama yang berterbangan untuk hinggap ke atas tangan kami. Tapi nampak gayanya rama-rama kat sini agak sombong sikit. Tak nak dia dekat dengan kami. Atau mungkin jugak tadi kami baru lepas naik kereta lembu yang busuk. Jadi rama-rama tu tak nak dekat kami pasal kami busuk kot. Cuma Yana sorang aje yang berjaya memujuk sang rerama untuk mendarat di lengannya.
Kala jengking raksasa Transformer nak serang kami. |
Wanie nengok buaya. |
Salah seekor burung yang dipamerkan. |
Burung enggang yang hebat. |
Selain rama-rama, reptilia, serangga dan burung, ada pulak satu binatang yang aku pun tak tau nak relate macam mana dengan taman ni. Binatang tu ialah harimau bintang. Amier bukan main teruja sangat bila dapat nengok harimau bintang tu pada jarak yang dekat tengah makan daging. Aku rasa rama-rama kat taman tu dah semakin pupus. Jadi pihak penyelia taman tu main belasah ajelah apa binatang sekali pun. Janji ada binatang kat dalam kurungan. Jangan terperanjat, tak lama lagi ada gajah, badak air, kereta kebal, kapal selam dan space ship UFO kat taman rama-rama ni. Tak kisahlah. Asal ada benda nak ditengok.
Amier terkejut melihatkan iguana dinosaur yang hebat. |
Dekat sebelah luar, ada pulak monyet pelbagai spesis, kedai cendera hati, dan barang-barang pelik yang dipamerkan. Aku pun tak tau barang apa tu. Satu penerangan pun tak dilampirkan. Mungkin mesin kisar padi kot. Entahlah. Pulang ke bilik dah lewat petang. Kami rehat seketika, sebelum solat maghrib dan nak keluar makan malam pulak lepas ni.
Mesin pelik yang dipamerkan. |
Ada monyet kat belakang menengok kami. |
No comments:
Post a Comment