Bahagian 6
Di Philea Resort, kami sarapan dengan juadah yang agak hebat. Tapi sayangnya, kami tekak kami tak pulak boleh menerima makanan yang sebegitu banyak kuantitinya. Di luar dewan makan, ada kolam ikan koi. Beratus ikan koi diternak di dalam kolam yang luas diperbuat daripada konkrit. Kolam ini menjadi penghias pekarangan yang memang sudah sedia cantik ini.
Meninjau kolam ikan. |
Okay. Line is clear. Boleh baling roti. |
Selepas kami hampir selesai menjamu selera di dewan makan, Syahmie tiba-tiba mendapatkan beberapa keping roti putih dan disumbatkan ke dalam beg. Mulanya kami musykil akan muslihat di sebalik perlakuan pelik Syahmie itu. Tapi kemudian kami dapat mengagak, ini tentu nak bagi makan ikan koi yang berenang senang kat luar sana tu. Tapi aku bagi tau Syahmie, "Kat situ dia tulis jangan bagi makan ikan. Tak boleh bagi makan ikan, Mie." Syahmie akur dengan arahan aku. Lalu kami pun meninggalkan dewan makan dan lalu di sebelah kolam ikan yang luas itu.
Ratusan ikan mula berkumpul ketika mula-mula kami melemparkan roti ke dalam kolam. |
Seronok nengok ikan makan roti. |
Secara tak semena-mena, isteriku mengambil sedikit roti dari simpanannya, dan melemparkannya ke dalam kolam ikan. Ratusan ikan berkejaran berebut-rebut mendapatkan roti yang cuma secebis itu. Lapar sungguh ikan tu. Bagai sebulan tak makan gamaknya. Dan kemudian kami semua melemparkan roti yang kami bawa keluar tadi ke dalam kolam. Baling roti, sembunyi tangan. Kami sangat tergamam dengan kelakuan ikan-ikan yang bagaikan rakyat Somalia kelaparan.
Makin lama, semakin banyak ikan yang berkumpul. |
Ikan-ikan ini merayu-rayu meminta kami memberi mereka makan. |
"Ikan-ikan ni kalau buat ikan bakar mesti sedap," bisik hati Syahmie. |
Ikan-ikan masih lapar. Mereka minta makan lagi. |
Keesokan harinya, kami pergi sarapan lagi. Ikan-ikan di kolam sudah mulai mengenali kami. Kami lalu aje tepi kolam, semua ikan bagaikan bersorak-sorai dan bertepuk sirip meraikan kami. Kami ini bagaikan sekumpulan hartawan dermawan yang mengagih-agihkan makanan kepada golongan fakir miskin. Sesudah sarapan, macam semalam, kami lemparkan roti ke dalam kolam. Berebut semua ikan kat kolam. Asyik kami memerhatikannya. Kami baling lagi roti. Dan baling lagi. Dan lagi. Dan setiap kali balingan disambut dengan perebutan serta sorakan oleh ikan-ikan yang dah sangat kebulur tu. Akhirnya roti yang kami bawa habis. Ikan masih tak kecukupan. Mereka mau makan lagi.
Roti dan segala makanan dilemparkan ke dalam kolam. |
Kami masuk balik ke dewan makan. Dan ambil lagi bekalan roti, sampai habis semua roti kat dewan makan dari pelbagai jenis dan rasa. Termasuk roti canai. Semua kami baling kat kolam. Dan ikan-ikan makan dengan rakusnya. Habis roti, kami baling pulak scramble egg, nasi goreng, mi goreng, nasi lemak dengan sambal bilis sekali, dim sum, sosej, salami, burger, cereal, buah-buahan, malah segala jenis minuman semua kami humbankan ke dalam kolam ikan. Ikan-ikan koi melahap segala makanan dan minuman yang dihulurkan sampai bersih licin. Dan kat dewan makan, dan dapur sampai dah tak ada makanan lagi nak diberikan kepada ikan ikan itu.
Jutaan ikan koi menghurungi kami. |
Nampak jelas kat wajah semua ikan-ikan itu, mereka sangat puas hati dan berterima kasih kepada kami. Sampaikan ketika kami nak naik buggy pulang ke bilik ada sekumpulan ikan siap melompat ke darat nak ikut kami naik buggy. Terpaksa aku memujuk mereka secara lembut dan penuh hikmah supaya jangan mengikut kami. Kataku secara lembut, "Wahai ikan-ikan koi sekelian, pulanglah ke kolam anda semula. Kalau anda semua ikut kami balik, kami akan goreng anda dalam kuali dan masak sweet sour dan tiga rasa. Okay, bye-bye, jumpa lagi..." Sejurus mendengar aku berkata demikian, ikan-ikan itu pun melompat kembali ke dalam kolam dan tak timbul-timbul lagi.
Gembira dapat nengok ikan warna-warni makan dengan gelojohnya. |
No comments:
Post a Comment