Kami ke Gemencheh lagi hari Sabtu lepas. Cadangan awal nak pergi pagi. Pagiiiiiii sangat. Sebelum subuh! Pasal pada hari tu ada acara Haflah Multaqa'. Apa kebendanya Haflah Multaqa' tu pun kami tak tau. Yang kami tau ada acara berucap, ceramah agama, soal jawab antara ibu bapa dan guru, serta penutupnya ada acara makan-makan. Tapi oleh kerana perasaan mengantuk telah menyelubungi kami pagi tu, jadi kami lewatkan sikit waktu berangkat ke selatan. Kami keluar rumah jam 11 pagi.
Perjalanan memang tenang. Cuma sesekali dilambatkan dengan acara men-jam-kan lebuh raya. Beberapa tempat di sekitar Seremban memang sesak teruk. Tapi kami tak kisah. Kat CD player sedang asyik mendengar ceramah Ustaz Azhar Idrus yang tengah top sekarang ni. Beberapa kali Syahmie call dari MRSM bertanyakan bila nak sampai. Akhirnya kami sampai jugak kira-kira jam 2 petang. Tapi waktu tu majlis kat dewan dah langsai. Jadi kami cuma datang jemput Syahmie balik cuti ajelah.
Makan tengah hari sambil berborak ibu anak. |
Lepas jumpa Syahmie kat depan asrama, kami ke kafeteria yang dah tutup. Kami tumpang makan tengah hari kat situ. Kami ada bawak bekal nasi lemak. Aku dan Syahmie makan sampai licin. Yang lain tak dapat nak habiskan nasi yang terlalu banyak dalam bekas.
Asyik makan. |
Makan bekal dari rumah. |
Sementera makan tu, Wanie melayan seekor anak kucing remaja makan. Dibaginya ikan bilis goreng ia makan. Dibaginya nasi lemak ia makan jugak. Aku rasa kalau bagi sambal tumis dan timun pun mungkin ia akan bedal sampai licin. Nengok dari raut wajahnya yang sedang kelaparan tu, aku rasa ia akan makan apa saja yang disuakan kepadanya. Bahkan kalau disuakan jari pun ia akan ngap sampai putus!
Wanie menjamu anak kucing yang kelaparan. |
Amier pulak sibuk bermain dengan ulat bulu kat tangga. Dia kata itu ulat gonggok. Kami kata jangan dekat. Itu ulat bulu yang boleh menyebabkan kulit terasa gatal. Amier tak pegang. Dia cuma teruja dengan ulat tu dan terus bermain kejar-kejar dengan si ulat bulu yang bergerak cuma selaju 1 meter seminit. Dan akhirnya ulat tu pun hilang bersembunyi entah di mana.
Ulat bulu pujaan Amier. |
Lepas makan barulah kami ke surau bersebelahan untuk bersolat. Sementara aku solat, Amier ambil kesempatan untuk duduk berbaring kat dalam surau yang sungguh nyaman. Memang ada sekumpulan pelajar yang sedang berbaring kat situ untuk tidur sejenak selepas zuhur. Bila aku dah solat dan ajak balik, Amier mengeluh. "Alaaaaaaa...... Baru aje nak sejukkan badan...." katanya. Kami terus berangkat pulang. Singgah di beberapa kedai dan gerai sebelum menuju ke bandaraya ibu kota.
Amier berbaring di surau. |
No comments:
Post a Comment