Ahad lepas aku sekeluarga balik kampung kat Assam Jawa, Kuala Selangor pasal ada jemputan kahwin sedara-mara. Lepas tu aku pergilah ziarah makcik dan pakcik aku yang duduk berdekatan. Aku rasa dah lama jugak kami tak balik kampung. Kalau tak ada kenduri kendara memang tak menjengah ke kampung. Ada apa dekat kampung sekarang? Kampung masih maintain macam dulu. Dan yang itulah sebenarnya yang menarik minat kami untuk sesekali merasa suasana yang berbeza di kampung.
Kami singgah di rumah Makcik Mini dulu yang terletak kat depan main road. Dulu kami pernah accident sekali. Kereta Avanza hentam belakang Exora kami. Nak keluar masuk ke rumah makcik aku tu memang susah sikit pasal kenderaan suka bawak laju sangat. Kereta, motor semua bawak laju. Yang lagi mengerikan kalau lori besar bawak laju. Boleh dikatakan semua kenderaan tak kira jenis apa pun, kalau dia lalu jalan tu, mesti bawak laju. Termasuklah basikal, steam roll, keretapi, beca dan bot pukat tunda. Maka awaslah bila nak melintas kat kawasan situ.
|
Sama-sama main I-Pad dengan dua pupu Amier di rumah Makcik Mini. |
Lepas pekena teh tarik hasil air tangan makcik aku tu, kami ke rumah Wak Ros pulak yang tak berapa sihat pada kala tu. Tapi bila kami ramai-ramai datang, maka dia lebih cerialah sikit sebab diziarahi. Kat rumah Wak Ros, macam-macam benda kami boleh buat. Kawasan rumahnya luas, dan banyak tanaman lanskap pokok bunga dan pokok buah serta sayuran. Banyak angle rumah ni yang fotogenik. Kekadang kami cari serangga. Kekadang kami nengok anak ikan kat parit. Dan kali ni kami main lukis-lukis kat kawasan berpasir.
|
Baru sampai di rumah Wak Ros. |
|
Rumah Wak Ros memang fotogenik. |
Main ting-ting kejap dengan anak-anak. Baru lompat dua tiga kali dah penat. Lepas tu main lukis-lukis dan tulis-tulis kat atas pasir pakai ranting kayu. Benda-benda simple macam ni pun boleh buat kami anak beranak happy semacam je. Lepas tu main baling dan tangkap buah kelapa pulak. Ini buah kelapa betul ni. Bukan tipu-tipu. Sampai sakit tangan aku masa menyambut buah kelapa yang Syahmie baling kat aku. Tapi kami taklah pakai buah kelapa yang sebesar kepala gorila tu. Pakai buah kelapa yang putik dia. Baru sebesar buah pinang. Tapi itu pun kalau baling kena dahi boleh benjol, pasal dia keras.
|
Inilah medan permainan kami pada kali ini - tanah berpasir! |
|
Amier sedang menulis namanya di pasir. |
|
Syahmie pun tulis nama Amier jugak. |
|
Wanie sedang menghasilkan lukisan abstrak yang hebat di pasir. |
Di kawasan laman rumah Wak Ros memang banyak pokok pelbagai spesis. Ada satu pokok tu aku panggil pokok durian, pasal dia banyak duri. Tapi pokok tu kecil aje dan berbunga warna pink. Aku rasa sejenis pokok kaktus kot. Kalau terjatuh kat atas duri dia, memang sure meraung punya. Ada jugak pokok serai yang ditanam berdekatan. Sekali imbas macam sawah padi pun ya jugak. Cantik aje pemandangannya.
|
Pokok "durian". |
|
"Lihatlah sawah padi yang terbentang luas ini", kata Syahmie kepada pihak wartawan. |
|
Wanie lukis gambar ayahnya. Gambar aku lah tu. |
Dan yang paling aku akan nengok dulu kalau balik kampung ialah menjenguk ke dalam parit tanah di tepi-tepi jalan raya. Sekarang hujan tengah rancak turun dari langit. Maka parit-parit kat kampung dah mula dipenuhi air macam zaman dulu-dulu. Bila ini berlaku, maka anak-anak ikan pun mulalah membiak dengan galaknya. Aku nengok memang dan mula membiak ikan sepat dan puyu kat parit. Air jernih, maka boleh nampak ikan berenang-renang. Itulah yang paling best sekali. Kalau musim kemarau, ikan semua bersembunyi di balik lumpur yang lembab. Sekarang semua ikan dah mula menampakkan diri untuk dipancing oleh orang-orang seperti aku. He he he...
|
Kat sinilah aku ternampak kelibat puyu dan sepat berenang-renang mencari mata kail. Oh, seronoknya. |
No comments:
Post a Comment