Bahagian 12 (Akhir)
Hari Ahad, kami kena hantar Syahmie balik Gemencheh. Check-out dari Philea Resort kira-kira jam 12.30 tengah hari. Kereta aku menghala ke Gemencheh. Kereta kakak aku menghala ke Kajang. Mak aku dah terlebih dulu balik dengan adik aku selepas sarapan pagi.
Kami ikut jalan dalam untuk ke Gemencheh. Jadi kami taklah meredah highway Plus. Sepatutnya ini jalan pintas dan lebih dekat. Kami terpaksa meredah jalan yang bengkang bengkok, lalu kebun getah, kebun sawit, paya bakau, bukit bukau, semak samun, hutan belantara dan gua-gua di pergunungan. Itu pada dasarnya tak jadi masalah bagi kami. Barulah kira perjalanan yang mencabar. Tiba-tiba mata aku tertengok pada meter minyak kereta. Alamak! Dah E! Dalam hati aku berbisik. Tak apa, belum blink-blink lagi lambang minyak tu. Tak lama lepas tu, lambang minyak tu dah mula blink-blink. Alamak! Kali ni memang betul-betul menyuspenkan, dan dada aku berdegup kencang pasal takut terkandas kat tengah hutan. Bila sampai aje sebuah pekan kecil, aku tanya budak kedai tu. "Dik, sini kat mana ada pam minyak?" Budak tu menjawab, "Kena pergi Batang Melaka. Lebih kurang 10 kilometer dari sini". Alamak! Jauh tu 10 km. Boleh sampai ke kat destinasi sebelum minyak habis?
Aku terus redah jalan sempit menuju pekan kecil Batang Melaka. Sambil mulut kumat-kamit berdoa agar perjalanan dimudahkan. Cukup 10 km, sampailah kami ke destinasi. Dan dengan lapang dada aku mengisi minyak full tank kat stesen minyak Esso. Barulah perjalanan terasa lebih lapang.
Kedai gunting rambut yang kami pergi di Gemas. |
Jarak Batang Melaka dengan Gemencheh sebenarnya tak berapa jauh. Kami cari tempat makan di Gemas. Lepas tu potong rambut Syahmie kat kedai di Gemas. Cuma ada satu aje kedai potong rambut India yang bukak. Tukang guntingnya cuma satu orang aje. Aduh! Kena beratur panjanglah pulak. Yang tukang gunting tu pulak gunting dengan kadar slow motion. Mungkin dia pun dah kepenatan sepanjang hari menggunting rambut orang. Akhirnya tiba jugak giliran Syahmie. Kejap aje dah selesai. Selepas solat asar, kami cari barang keperluan Syahmie sebelum menghantarnya kembali ke asrama penuh di MRSM Gemencheh. Dan lepas tu kami terus menghala ke Kuala Lumpur. Cuma singgah di beberapa gerai tepi jalan untuk membeli ole-ole sebelum meneruskan perjalanan. Syukur. Semua berjalan lancar dan selamat.
Tukang gunting yang bercakap loghat negeri sembilan. |
Syahmie tengah gunting rambut. |
No comments:
Post a Comment