Ibuku ada membeli sejenis permainan board game melalui pos daripada Reader's Digest. Nama game tu ialah "Race To The Top". Ia adalah sejenis game yang agak susah untuk dimainkan. Tetapi sangat bermanfaat kerana ia boleh memperluaskan pengetahuan am para pemain. Beratus soalan umum tentang pelbagai hal disediakan untuk dijawab oleh pemain. Siapa dapat jawab soalan, barulah dia boleh maju ke hadapan. Yang tak dapat jawab, akan tersadai di tempat asal bertapak. Kategori soalan merangkumi sains, politik, hiburan, perkara aneh, serta geografi.
|
Game terbaru di pasaran. |
|
Kategori soalan yang disediakan. |
Sekarang game ni dah jadi kegilaan anak-anak aku, termasuklah Amier. Siapa yang rajin baca dan menghafaz isi kandungan soalan dan jawapan yang disediakan, dialah yang akan senang menjadi juara. Tapi kalau Amier yang main, dia akan ikut undang-undang dia sendiri. Menang atau kalah tak penting bagi Amier. Yang penting dia dapat bacakan soalan kepada pemain, walaupun soalan-soalan tu kekadang agak mengelirukan.
|
Amier pun nak main. |
|
Sedang memikirkan strategi untuk menang. |
No comments:
Post a Comment