Kenduri selamat dibuat pada malam hari Sabtu minggu lepas. Kebetulan jugak itulah malam berlakunya gerhana bulan. Bumi telah melindungi cahaya matahari dari sampai ke bulan. Tatkala para tetamu sedang melepak di luar kawasan rumah, tiba-tiba terlihatlah di angkasa raya kelibat bulan dalam keadaan gerhananya.Walaupun gerhana baru bermula, namun semua orang telah mula merasa teruja. Jari-jari telunjuk menuding ke langit. "Gerhana bulan! Gerhana bulan!!" teriak Hafez dan Pak Tam. Dan semakin ramailah yang datang berkumpul ingin menyaksikan sendiri fenomena alam yang jarang-jarang berlaku.
"It's a bird, it's a plane, it's Supermaaaa... eh it's bulan daaa..." |
Hafez kata dia nampak ada dua bulan. Pak Tam pulak kata bulan tu macam ular senduk. |
Pak Tam dan Pakcik Karim nengok bulan. Kois nengok kamera. |
Pakcik Karim zoom kamera sampai nampak kawah-kawah pada permukaan bulan. |
Mata Is sampai naik juling nengok bulan yang dilanda gerhana. |
Pak Tam: nengok bulan sambil korek gigi memang terasa lebih nikmatnya. |
Dalam sekelip mata, telah menjadi semakin ramai para hadirin membanjiri perkarangan rumah Mak Anjang. Tiba-tiba sang purnama merasa saat glamernya. Ada yang melihat dengan kekaguman. Ada yang melihat dengan keterujaan. Ada yang melihat dengan kehairanan, ketaksuban, kegembiraan dan kesyahduan. Tak kurang juga yang melihat sambil mengagungkan kebesaran Ilahi. Semakin lama semakin besar perkumpulan manusia terbentuk bagi menyaksikan senario gerhana bulan. Jiran-jiran tetangga turut datang meraikan malam itu. Jiran-jiran dari kampung bersebelahan juga turut datang. Yang pipih datang melayang. Yang bulat datang bergolek. Yang jauh datang naik bas. Yang kat overseas datang naik kapalterbang. Dan tak ketinggalan, yang dari planet lain datang naik spaceship. Begitu hebat perkumpulan manusia dan alien pada malam bersejarah itu. Malam itu bukan saja menjadi penyebab keeratan perhubungan sesama saudara dan sesama manusia, tetapi juga di antara manusia dan alien.
Tengok bulan macam tengok artis pujaan buat konsert. |
Berasak-asak melihat bulan menjadi gerhana. |
Kois dan Pak Uda di belakang buat posing spesel sempena gerhana bulan. |
Apa-apa pun wajarnya saat-saat sedemikian perlu dipenuhi dengan bertasbih dan bersolat gerhana sehingga tamat kejadian gerhana bulan itu. Itu yang tak kami lakukan. Semoga kami berpeluang menjadi saksi kepada kejadian seumpama itu pada masa akan datang dan kali ini biarlah diberi kekuatan agar kami lebih menjurus mengikuti sunnah Rasul menghadapi gerhana bulan.
Bulan dari kaca mata kamera auto fokus. |
No comments:
Post a Comment