Apakah yang paling menyeronokkan bagi Amier bila bermalam di hotel? Bukan bilik hotelnya. Bukan makanan sajiannya. Bukan juga peluang menonton tv dengan channel yang banyak. Tapi kerana boleh mandi kat swimming pool seharian sampai kecut kulit! Bangun pagi, Amier dah sibuk mencari pakaian mandinya dan bersiap-siap untuk berenang di kolam renang. Wanie dan Yana turut bersiap-siap untuk berenang bersama. Kolam untuk kanak-kanak sangat cetek airnya. Cuma kira-kira 70-80 sm sahaja. Kolam yang paling dalam pun cuma sekadar 120 sm sahaja iaitu kira-kira 4 kaki. Tapi Amier lebih selesa berenang dan bermain air di kolam yang cetek airnya, walaupun saiznya sangat kecil.
|
Amier berteriak bak Tarzan. |
|
Kolam yang dikelilingi bangunan tinggi. |
|
Yana di kolam budak-budak. |
|
Bersantai dalam air atas tangga. |
Di kolam, Amier buat pelbagai aksi imaginasi haiwan-haiwan laut. Wanie dan Yana pula yang lebih pandai berenang lebih teruja membuat renangan di kolam yang lebih dalam. Syahmie nampak gayanya lebih suka duduk tepi kolam aje macam aku. Dah lama Syahmie tak kelihatan berenang-renang macam adik-adiknya. Aku ada jugak tanya, nanti kalau lama tak berenang takut lupa pulak cara berenang. Syahmie kata dia masih ingat lagi dan konfiden boleh berenang macam biasa.
|
Wanie dan Yana. |
|
Syahmie lebih senang badannya kekal kering. |
|
Di tepi kolam, tapi tak berenang. |
Wanie sangat suka mengapungkan diri. Syahmie pun dulu pandai apungkan diri jugak. Tapi dah lama dia tak buat pasal dah lama tak turun kolam. Bila Wanie rasa mengantuk kat tengah kolam, dia akan pejamkan mata dan tidur kat kolam tu dengan mengapungkan badannya. Zzzzzzzz......
|
Tidur dalam kolam. |
|
Amier suka berenang. Hari-hari Amier berenang. |
|
Bakal jaguh perenang negara. |
|
Amier dengan gaya walrus. |
|
"Alamak! Mengantuk lagi. Jom tidur!" |
Sewaktu kami kat kolam memang tak ramai orang yang mandi-manda. Jadi anak-anak lebih selesa bergerak ke mana saja di sekeliling kolam tanpa ada gangguan dari tetamu hotel yang lain. Anak-anak mandi di kolam selama kira-kira sejam setengah. Tak boleh terlalu lama sangat, nanti perut kembung, dan boleh muntah. Dan macam selalulah, Amier takkan puas mandi walaupun tempoh dia berada dalam air sudah agak lama.
|
Di sekitaran kolam renang. |
|
Di kolam kanak-kanak. |
|
Berlatar belakangkan tapak pembinaan. |
|
Merehatkan kepala atas batu. |
|
Amier cuba mengapungkan badan. |
|
Masih berusaha keras untuk cuba terapung. |
|
"Bila nak habis mandi ni?" |
|
Okay. Dah puas mandi dan berenang. |
|
Melihat anak-anak di kolam. |
Kami naik ke bilik hotel, sarapan, berkemas dan pulang sebelum jam 12 tengah hari. Penat jugak rasanya walaupun percutian ini sangat dekat dengan rumah kami di Ampang.
|
Mahu kembali ke bilik hotel. |
|
Nak sarapan pagi pulak lepas ni. |
No comments:
Post a Comment