m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Saturday, December 17, 2011

Talisman Idol

Talisman Malaysia Limited biasanya akan mengadakan Hari Keluarga dan Hari Stampede sekali dalam setahun. Tetapi sejak Vice President barunya, Ron (VP-Ron) meneraju syarikat di cawangan Kuala Lumpur ini, perubahan telah dibuat. Tahun ini tiada Hari Keluarga, tiada Hari Stampede. Yang ada ialah hari Talisman Idol. Ini selaras dengan kegemaran VP-Ron yang memang mengambil serius aktivititi menyanyinya. Acara ini adalah acara tertutup. Untuk staf sahaja. Talisman Idol merupakan petandingan menyanyi berkumpulan di antara jabatan-jabatan di dalam syarikat.

Persembahan lagu medley dari filem Grease.
Tak kurang dari lapan atau sembilan kumpulan yang bertanding dari jabatan-jabatan tertentu. Para staf yang biasanya serius di pejabat kini menonjolkan bakat yang selama ini terpendam dalam kolam yang terdalam. Mungkin agak lucu jugak kerana kebanyakan peserta bukanlah biasa beraksi di depan khalayak yang ramai di atas pentas. Gemuruh dan kecamuk dalam fikiran ada kalanya menyebabkan penyanyi lupa lirik, lupa dance steps, tempo lari, pitching lari, suara tak keluar. Itu tak masuk masalah teknikal seperti mikofon tak bunyi atau muzik terlebih kuat dan sebagainya. Namun demikian, ada juga peserta yang berjaya memukau penonton dengan alunan suara yang merdu dan tarian yang mempesona. Para penonton yang juga merupakan kawan-kawan satu syarikat tetap memberikan sokongan padu dengan tepukan dan sorakan gemuruh, mengalahkan sorakan lantang di Stadium Gelora Bung Karno.

Penonton teruja sampai menarik-narik rambut sendiri sampai putus.
Menengok kembali video persembahan yang baru dipentaskan.
Berkumpul dan meninggalkan pening pejabat seketika.
Isteriku dan rakan-rakan sepejabat.
Antara peserta yang ambil bahagian dalam pertandingan Talisman Idol.
Berhibur bersama.
Ada yang menari-nari di bawah pentas.
Beratur macam keretapi.
Talisman Idol berkesudahan dengan kemenangan kepada kumpulan yang menyanyikan lagi Sway, Perhaps dan medley dari filem Grease. Penonton turut terikut-ikut menggoyangkan kaki dan tangan serta berdansa mengikut irama lagu. VP-Ron turut menyumbangkan dua buah lagu, lagu Tom Jones-It's So Unusual dan Stand By Me. Suara VP-Ron memang lunak bagaikan sudah terlalu biasa berdendang yang sedemikian.

Para hadirin dijamu dengan makanan Melayu yang digabungkan dengan makanan barat. Turut diundang pemuzik profesional yang mendendangkan lagu-lagu hits dari era 1980'an dan 1990'an. Selain itu ada juga cabutan bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah yang hebat. Majlis tamat sebelum jam 12 tengah malam.


Bermalam di hotel pada malam majlis Talisman Idol.

No comments:

Post a Comment