Bahagian 1
Hari Sabtu lepas, kami anak-beranak setuju untuk buat kenduri selamat, kerana bonda Rahmah dah semakin sihat dan kuat. Semoga bonda semakin sihat dari hari ke hari. Dan anak-anak dan cucu-cucu boleh terus melimpahkan bakti kepada bonda dengan seikhlas mungkin. Kenduri dibuat di rumah Mak Anjang. Semua kerabat hadir meramaikan majlis. Konsep kenduri ialah 'pot luck'. Pot bermakna periuk, dan luck bermakna bertuah. Jadi, masing-masing bawaklah periuk yang bertuah untuk menjamu selera.
|
Bonda Rahmah semakin sihat dan segar. |
Selepas solat maghrib, ayahanda Atan memimpin majlis dengan membaca surah Yasiin dan berdoa. Semoga majlis yang ringkas ini dirahmati dan diberkati Allah. Semoga bonda makin sihat, keluarga makin berpadu dan sehati, rezeki masing-masing makin murah dan berkat, tubuh badan semakin afiat.
|
Bacaan doa selamat dipimpin oleh Ayah Atan. |
|
Cucu-cucu turut memberikan tumpuan ketika mengaminkan doa. |
|
Ardy turut berdoa agar puding biskut merry-nya laris di pasaran. |
Lepas habis doa aje, masing-masing menerpa nasi dan lauk pauk yang terhidang sekian lama di atas meja besar. Pelbagai juadah yang istimewa disajikan. Kami bawak sambal goreng Jawa - sejenis sambal yang tak ada sambal pun. Tapi cukup berkhasiat dan enak. Lain-lain hidangan yang menusuk kalbu ialah ikan cencaru berjaket kulit yang dibakar dengan minyak dan dibalut dengan daun pisang, ada sayur campur dari berpuluh jenis sayur seantero dunia, air asam yang lebih masam dari rasa peluh yang melekat kat ketiak, nasi putih yang serba putih sebab telah dibasuh dengan serbuk pencuci Daiya, dan macam-macam lagilah. Ardy turut membawa puding biskut merry krismas yang laris dalam sekelip mata.
|
Antara juadah hebat yang diperagakan. |
|
"Awak makan nasi putih aje?" tanya Hafez kepada Elin. |
|
"Ikan ini aku yang punya!" kata Pak Andak dan Pak Ngah. "Sayur ini aku yang punya!" kata mak Uda. |
|
Beratur mencari rezeki yang halal. |
Dalam keadaan lapar, semua orang makan dengan penuh konsentrasi macam ambil SPM paper Add Math. Sapa-sapa lalu depan atau pun belakang, memang tak perasan. Masa nilah para pemakan nasi memberikan 100 peratus tumpuan terhadap acara memakan nasi ini. Dan semua lauk pauk nampak gayanya telah laris macam goreng pisang panas.
|
Pak Ngah terharu dapat makan ikan cencaru bakar. |
|
Atuk dan cucu asyik menjamu selera. |
|
Waktu cameraman datang nak ambil gambar, kedua-dua kawan Yaya terus tunduk takut jadi glamer. |
|
"Ni tak cukup lagi ni. Mau kasi penuh ini pinggan," bisik hati kecil Elin. |
|
Ika dan Abby gembira dapat makan ramai-ramai. |
No comments:
Post a Comment