Bahagian 3
Masih kisah kenduri doa selamat hari Sabtu minggu lepas. Baca Yasiin dan doa telah berlangsung. Sup kambing yang dinanti telah pun tiba. Bila malam semakin larut, tiba pulak rombongan Pak Nyah dan Mak Nyah dari Kalumpang dengan membawa raja segala buah, buah durian yang bagak-bagak belaka. Nengok dari gaya bentuk durian dan dari saiznya yang sangat besar tu, dipercayai ia dari keturunan Musang King, cuma ia adalah dari spesis yang lagi hebat iaitu dari jenis Gajah King! Kami yang memang tak menyangka-nyangka akan ketibaan durian terhebat itu bagaikan dilanda histeria sejenak bila bau raja segala buah itu menusuk ke hidung kami.
|
Ketibaan durian dari Kalumpang diraikan penuh meriah. |
Pak Tam yang merupakan pakar dan juara mengopek durian telah mengopek semua durian yang dibawa dan diagih-agihkan kepada peminat-peminat durian yang setia. Memang sangat hebat durian itu. Aku cuma dapat makan seketul aje kerana isinya yang sangat terhad. Namun demikian rasanya sangat kuat dan terus melekat kat lidah bagaikan tak dapat dibilas walau dengan minuman apa sekali pun. Alangkah bahagianya kami kalau dapat makan sorang sebijik. Itulah angan-angan kami.
|
Pak Tam sedang mengopek durian dengan sepenuh hati. |
|
Pak Tam mampu mengopek durian menggunakan kuku dan gigi sahaja. |
Selain durian hebat, turut dibawa ialah rambutan gading gajah Afrika. Buahnya warna kuning. Begitulah lumrah rupa bentuk rambutan jenis gading. Rambutannya juga mempunyai rasa yang hebat dan manis. Kalau makan dengan kulitnya juga akan terasa sedap. Tangkainya juga boleh dimakan dan mempunyai rasa yang lemak. Kami memang enjoy betul makan buah-buahan yang dibawa. Tak ubah seperti festival buah-buahan Malaysia.
|
Ika telah dipaksa buat tanda "good" walaupun durian bukanlah buah kegemaran beliau. |
|
Azira terpaksa memungut rambutan dari plastik sampah. Kesian. Hu hu hu... |
|
Tahi gigi terbesar di dunia melekat celah gigi Kois. Itu pun Kois tak sedar ada tahi gigi kat situ. |
|
Kois dan Syura sedang menikmati buah-buahan tempatan. |
Sebelum pulang, kami sempat jugak membawa balik buah rambutan dan langsat untuk bagi rasa ayahku yang tak hadir ke majlis kenduri tadi. Buah-buahan lain yang turut dihidang adalah buah oren kerdil, dan buah tembikai yang juga merupakan bauh kegemaranku sepanjang zaman.
|
Syahmie memungut saki baki rambutan untuk dibawa pulang ke rumah. |
No comments:
Post a Comment