Petang hari Sabtu lepas, kami sekali lagi menziarahi bonda di hospital. Sebelum ke hospital, wife aku petik sekuntum bunga kenanga yang kebetulan mekar kat pasu rumah kami. Sesampai di perkarangan hospital, kami petik pulak bunga tanjung. Berkuntum-kuntum kami petik nak bagi bau dia lebih power. Bonda memang suka bau bunga tradisional seperti melor, cempaka, kenanga dan tanjung. Bila bonda cium haruman bunga-bungaan tadi, bonda akan merasa lebih segar. Aku pulak suka bau bunga kat tayar kereta. Tapi kalau salah bau boleh dapat resdung. Jadi aku sekarang dah hentikan aktiviti mencium bunga kat tayar. Apakah bunga terbesar di dunia? Bunga manggar gergasi kot!
Pokok "mimusops elengi" a.k.a. bunga tanjung. |
Kuntuman bunga tanjung yang kecil. |
. |
Memetik bunga di hospital. |
Bunga paling besar di dunia?
ReplyDeleteBunga Rafflesia lah bro..
tapi bunga tu pun bunga yang paling busuk..
betul, tak tipu :)