Hari ini merupakan hari jadi isteri aku yang ke-38. Malam ni nanti kami akan makan dinner ramai-ramai sempena meraikan hari jadi isteri aku. Turut diraikan ialah hari jadi kakak aku yang tak berapa hari lagi ni, serta anniversary perkahwinan kami, ibu & ayah aku serta kakak & abang ipar aku. Semoga semakin meningkatnya usia kami ni, maka makin meningkat jugalah amalan soleh kami, meningkat iman, meningkat kefahaman dan cinta pada agama, meningkat kasih sayang sekeluarga dan sesama saudara seagama, dan meningkat rezeki dan keafiatan serta keberkatan. Pokok pangkalnya apa-apa saja yang baik di dunia dan akhirat tu biarlah selalu mendampingi kami, dan kepada seluruh warga Muslimin dan Muslimat. Amin.
No comments:
Post a Comment