m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, December 5, 2011

Pokok

Kat radio lagu "Pokok" dendangan group Meet Uncle Hussin sedang ligat dikumandangkan. Oleh kerana sekarang ni pokok-pokok seantero dunia tengah perasan glamer, jadi aku pun nak cerita pasal pokok jugaklah. 

Tadi pagi lepas hantar wife aku pergi kerja, aku menyimpang ke Tasik Titiwangsa nak buat booking court tenis. Sepanjang jalan kat Jalan Tun Razak aku nengok banyak jugak pokok-pokok yang tumbang. Pihak DBKL dah pun mengerat-ngerat batang pokok tu supaya tak mengganggu lalu lintas. Sesampai di Titiwangsa, aku nampak ada satu pokok besar, yang batangnya sebesar pemeluk King Kong, telah tumbang menghempap bumbung bangunan. Ranap sebahagian bumbung bangunan tu. Sibuk pekerja DBKL nak membersihkan kawasan tu. Siap bawak lori kren, jentolak, lori sampah, bomba, ambulan, kereta kebal dan kapal selam, semata-mata nak meng-clear-kan kawasan tu supaya tak lagi berbahaya kepada orang awam.

Pokok tumbang dan jatuh menghempap bumbung bangunan. Bumbung bangunan pun rosak.
Batang pokok tu punyalah besar dan berat. Tranformers seperti Autobot dan Decepticon pun belum tentu larat nak angkat pokok yang dah tumbang tu. Aku tanya salah sorang pekerja yang kebetulan memang aku kenal, "Bila dia tumbang ni?" "Hari Ahad hari tu. Ribut sabung menyabung bak tsunami yang menghentam pantai Acheh. Puting beliung dan halilintar mengaum bak dinosaur t-rex yang kelaparan. Panahan kilat petir yang membahang bak Ultraman sedang fire raksasa dari planet Utarid. Akhirnya pokok yang telah berusia beribu tahun ni pun tumbang menyembah bumi", jawabnya penuh semangat dan emosi. Wow! Memang dahsyat! Boleh buat filem nih. 

Dalam perjalanan meninggalkan tempat itu pun aku nengok masih banyak lagi pokok-pokok yang tumbang dan sedang dibersihkan oleh pekerja DBKL. Nasihat aku kat kengkawan yang nak parking kereta pada musim hujan ni, janganlah parking bawah pokok. Bukan saja dahan pokok boleh patah, tapi akar pokok tu boleh terus tercabut bila dipukul angin dengan sebegitu kuat sekali. Dan jangan parking kat tanah rendah, takut tersangkut dek banjir kilat. Okay! Kembali kita menyanyikan lagu Pokok. "Tanya sama pokok, apa sebab goyang. Jawab angin yang goncang......."

Seorang pekerja DBKL sedang memotong batang pokok untuk dibuat kayu api buat masak lemang raya nanti.

Dahan-dahan pokok yang telah dicantas-cantas.

No comments:

Post a Comment