Pada hari Sabtu siang, ayah aku tiba-tiba berhasrat nak belanja seisi rumah makan kat luar. Ayah aku plan asalnya nak makan masakan padang kat kedai di sekitar Riverside Ampang. Selepas solat zuhur kami pun keluar rumah mencari restoran masakan padang kat tempat yang telah dikenalpasti. Setelah menengok dengan teliti, kami tak nampak sebarang kedai yang menjadi target. Yang ada cuma kedai Siam, kedai Cina, kedai Korea, kedai Arab, kedai sup, kedai western dan berlambak kedai perabot yang pastinya memang tak menyediakan masakan padang. Lalu kami cadangkan makan kat Restoran Ikan Bakar Sekinchan. Semua bersetuju. Dan kami pun park kereta dan mencari tempat untuk duduk makan.
Ibu dan kakakku. |
Yana dan Wanie tak sabar-sabar menantikan saat yang mendebarkan - waktu makan ikan bakar. |
Memilih makanan dan minuman. |
Kakak dan ayahku. |
Cuma keropok yang terhidang. Tapi kami tak layan. |
Rombongan kami agak ramai. Dua kereta, dengan 11 orang jumlahnya yang nak makan siang kat situ. Kami pun membuat pesanan pelbagai jenis ikan untuk dibakar. Kami siap disediakan dengan alat pemadam api. Takut-takut ikan yang kena bakar tu masih berapi lagi. Air minuman yang spesel adalah teh Sekinchan yang merupakan air 3 layer. Harganya sedikit mahal, tapi rasanya enak walaupun rupanya sebijik macam air sungai yang mengalir kat belakang restoran ini. Anak buahku Farid mengambil kesempatan untuk meng-order air tembikai dalam gelas yang paling besar di dunia. Gelas dia terlalu besar sampai boleh muat seekor killer whale berenang-renang dengan selesa di dalamnya.
Amier pening kepala nak pilih juadah. Semuanya nampak menyelerakan. Order semualah, senang! |
Meng-order makanan. |
Menanti saat makan dengan tenang. |
Wanie semakin resah kerana makanan masih belum tiba. |
Ayahku melihat-lihat sungai kat belakang kedai. |
Aku berfikir, mungkin ikan-ikan bakar ni semua diangkut dari sungai kat belakang ni aje. |
Syahmie turut bersiar-siar melihat sungai. |
Setelah menunggu dengan penuh sabar, akhirnya makanan pun siap disajikan. Dan kami pun makanlah nasi berlaukkan ikan bawal hitam, ikan pari, ikan siakap, ikan kembung dan sotong serta sayuran yang dibakar menggunakan kayu api dan semut api. Semua bersih licin kami makan, melainkan seekor ikan kembung yang sangat kembung perutnya. Yang itu kami bawak pulang. Setelah aku dan ayahku menghulurkan duit membayar pada cashier, kami pun berangkat pulang dengan senang hati.
Farid dengan air tembikai gelas besar. |
Waktu ni yang kedengaran hanyalah bunyi nyamph nyamph nyamph... |
Makan berebut memang menyeronokkan. |
Masih khusyuk makan. |
No comments:
Post a Comment