Hari Jumaat malam, kami bermalam di Hotel Double Tree dan check out hari Sabtu tengahari. Kebetulan ada voucher, kami manfaatkan sepenuhnya. Yang paling ternanti-nanti saat kami tidur kat hotel ini ialah Amier. Dari minggu lepas dia asyik bertanya bila nak tidur hotel. Akhirnya saat yang dinantikan pun tiba. Lobby Hotel Double Tree memanglah hebat dan cantik. Dulu hotel ni diberi nama Crown Princess, di bawah pengurusan lain.
Baru tiba - Yana dan Wanie. |
Menunggu saat check in. |
Di lobi hotel. |
Amier yang terlebih teruja telah lari ke sana ke sini. |
Ada banyak arca di lobi hotel. |
Antara perkara yang hebat ialah biskut cokelat selamat datangnya yang sebesar tapak tangan. Dimakan ketika panas-panas memang sangat sedap. Macam tak kecukupan. Kemudian kami masuk ke dalam bilik. Bilik mandi berdinding kaca sangatlah mengerikan! Tapi rupanya ada langsir yang boleh di-control daripada dalam bilik air menggunakan satu suis khas. Kami juga dapat satu kek complementary dari pihak hotel sebab hari Jumaat tu ialah hari jadi isteriku.
Biskut selamat datang yang terhebat di alaf ini.. |
Bilik mandi berdinding kaca. |
Syahmie di meja tulis. |
Amier tak boleh dipisahkan dengan I-Pad. |
Esok paginya kami order satu set breakfast ala western untuk dimakan bersama-sama. Nampak gaya macam terlalu sikit dan tak cukup nak kongsi sampai tujuh orang. Maka aku dan Syahmie telah pergi ke Ampang Park yang terletak berdekatan dan membeli perkakas sarapan dari sebuah supermarket. Barulah cukup! Kami makan bersungguh-sungguh sampai semua orang cukup kenyang.
Masa untuk sarapan. |
Sebelum pulang kami bergambar kenangan ramai-ramai. Anak-anaklah yang paling menikmati keseronokan bercuti di hotel di Kuala Lumpur. Ibu dan ayah berasa seronok bila melihat anak-anak seronok. Kami check-out apabila jam menunjukkna hampir jam 12 tengahari. Pulang ke rumah cuma mengambil masa kira-kira 15 minit sahaja.
Bergambar kenangan di kamar hotel. |
Bergambar satu keluarga. |
Amier dah tak nganga mulut besar-besar lagi. |
Di pintu luar bilik hotel. |
Di samping pokok krismas. |
No comments:
Post a Comment