Pada hari Jumaat lalu ialah hari jadi isteri aku. Turut disambut ialah hari jadi kakak aku yang akan tiba pada hari Selasa esok. Jadi kami pun buatlah makan-makan kat Restoran Makan Kitchen di Hotel Double Tree. Satu rumah datang makan bufet. Termasuk orang gaji, ada dua belas orang semuanya. Kami ke sana selepas solat maghrib. Sekali imbas macam meriah aje kat situ dengan pelbagai masakan dan makanan. Tapi ada beberapa perkara yang kacau sikit dari segi implementasinya. Walau bagaimanapun, kami cuba buat the best dari segala kekurangan ini. Dan yang nampak sangat enjoy bila time makan ni ialah anak saudaraku, Farid yang kami gelar dia sebagai DBKL atau bandaraya pasal dia kuat makan.
Di pintu masuk restoran. |
Sedang menikmati aiskerim. |
Syahmie sangat pandai cari makanan kat segenap sudut ruang. |
Kakak dan anak saudaraku, Yana. |
Ayahku dan Farid-DBKL. |
Yang meraikan birthday. |
Syahmie nak cuba makan oyster walaupun tekaknya loya. |
Dengan kepayahan, Syahmie berjaya juga menghabiskan oyster yang hanyir itu. |
Adik aku yang sangat sibuk di pejabat hadir juga, tapi lewat. |
Bersembang kosong. |
Acara memotong kek. |
Amier pun nak menyelit macam biasa. |
Sedang kongsi makan dim sum. |
Tiga kali kami order roti nan keju, baru dapat. |
No comments:
Post a Comment