Makan nasi berlauk sudah. Makan sup kambing sudah. Makan durian dan rambutan pun sudah. Perut masing-masing telah kenyang dan semua berasa senang hati. Kini tibalah pulak waktu untuk berehat, bersembang-sembang, melepak-lepak dan buat apa-apa yang patut untuk memenuhi masa terluang selepas kenduri. Amier dan Mukamil main I-pad. Ada juga yang duduk bersahaja tampa berbuat apa-apa. Dan aku... berbekalkan kamera auto-focus, merakam gambar-gambar di sepanjang malam kenduri.
Kamil nengok Amier main I-pad. |
Hafez tenung oren tu dari warna hijau sampai masak kekuningan. Taufik melihat dalam kekaguman. |
Syafiq, Hairi dan baby Adrian menghayati erti malam. |
Pak Long dan Pak Ngah tak mampu berkata apa-apa kerana kekenyangan. |
Ali dan Amin lebih selesa berehat dalam rumah. |
Nicha dan Azira. |
Kakak dan ibuku. |
Mak Long dan Huda bercerita pasal lapisan ozon yang semakin menipis. |
Ramai yang melepak atas katil sehingga patah kaki katil Mak Anjang. |
Ika dan Thaqif. Thaqif memang suka sangat tersenyum. |
Hafez dan Hani. |
Qalif bersama ibu dan ayahnya. |
Pak Uda bersama tapak kaki besar milik seorang gergasi. |
No comments:
Post a Comment