Ini kisah Jumaat lepas. Kira-kira jam menunjukkan hampir jam 12 tengah hari, aku bergegas ke Banting dari pejabatku di Bandar Seri Putra melalui Exit ke Nilai - KLIA. Sampai di suatu simpang, aku jadi konfius. Tapi setelah menghubungi sepupuku, dan bertanya arah, aku teruskan perjalanan dengan selamat tanpa banyak tersesat. Aku ke Banting untuk ambil Syahmie yang telahpun menamatkan temuduganya di Mahaad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Istana Bandar (MITIB). Sesampai di MITIB, aku nengok Syahmie dah tak ada kat situ. Mungkin dia telah pergi ke masjid yang terletak kira-kira 250 meter dari sekolah. Aku tumpangkan beberapa pelajar yang turut menghadiri temuduga untuk ke masjid. Betul sangkaanku, Syahmie memang telah ada beriktikaf kat masjid. Aku jumpa Syahmie seketika sebelum khatib membaca khutbah dan mengimami solat Jumaat.
|
Lepas solat Jumaat. |
Setelah solat Jumaat, kami terus bertolak pulang. Kereta Wira aku tak boleh bergerak terlalu laju. Jadi aku terpaksa pandu agak perlahan dari Banting untuk ke Kuala Lumpur. Polis trafik yang nengok aku bawak sangat berhemah dan perlahan pun jadi kesian kat aku. Siap dia nak tawarkan imbuhan untuk aku kalau aku dapat bawak kereta laju sikit. Aku singgah di gerai tepi jalan untuk beli keledek dan nanas 'yengki' yang sangat sedap.
|
Masjid Sultan Alauddin. |
Aku sangat tertarik sebenarnya dengan masjid tempat kami solat Jumaat. Masjidnya kecil, dan jemaahnya pun tak berapa ramai. Tapi masjid ni nampak begitu menyamankan dan cukup menenangkan. Senibina lamanya begitu klasik di luar dan di dalam. Nama masjid ni ialah masjid Sultan Alauddin. Kini telah menjadi sebuah bangunan warisan yang wajar dikekalkan. Kami sampai rumah dengan selamat dan Syahmie nampaknya begitu keletihan dan terlena dalam kereta. Mungkin kerana semalam para pelajar telah dikerah untuk bangun awal pagi untuk buat qiamulail.
|
Menara masjid yang gah. |
|
Kini di bawah Jabatan Warisan Negara. |
No comments:
Post a Comment